NAN CHEESE SEDAP DI AL-FARIZ MAJU BANGI

2:57:00 PM

Assalammualaikum....


Beberapa hari lepas Ida ke Kuala Lumpur, bawa anak-anak bercuti di sana. Duduk la di rumah adik ipar di Bangi. Dari Kemaman sampai ke sana dalam pukul 8 lebih so mencari la tempat nak makan kan..biasa la perut dah lapar.


Tak tahu nak makan di mana en suami suruh google cari tempat makan nan cheese yang sedap kat area Bangi. So jumpa la review pasal Restoren Al-Fariz Maju. Singgah la kami di sana.

Restoren ni biasala macam kedai mamak. Memang akan ada la nan cheese ke roti canai ke..nasi kandar ke. En suami order la nan cheese untuk dia dan si Asyraf. Aqil orderkan roti canai kosong. Ida? Makan nasi kandar.hahah..tak boleh kena juga makan nasi perut ku ni.

Masa nak pergi amik nasi kandar, dah banyak lauk habis..huhu..Kempunan tapi amik juga la nasi dengan ayam goreng.

Sampai je order, apa lagi terus makan la kan. Boleh tahan uga la nan cheese die. Ida walaupun cuma makan ayam goreng tapi sedap jugak sebab campur kari dan kuah manis die. Ke sebab memang perut ku lapar masa tu, sebab tu semua sedap.hahaha


Tapi ok la puas hati, roti lembut..makanan dan air pun cepat sampai. Restoren ni dekat dengan kawasan student seperti UKEM, UniKL..rasanya la sebab tengok ramai student.


Dah selesai makan tapaw kan sekali untuk adik ipar sekeping nan cheese. Alhamdulillah harga pun ok tak sampai RM30 pun semuanya.

Siapa nak try nan cheese sedap boleh la ke sana..mana tah selera tekak korang kata sedap.



Restoran Al-Fariz Maju, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi., Bangi,

You Might Also Like

2 comments

  1. jarang makan nan cheese..sesekali teringin baru lah mencarik kedai mamak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..kan memang jarang.kalau zmn bujang dlu..wah..hari2 makan kedai mamak.hahah

      Delete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)