IKUT 5 CARA KAWAL NAFSU MAKAN DENGAN MUDAH

3:48:00 PM

Assalammualaikum...

Kita ni selagi makanan ada depan mata mesti nak makan je. Tambah kalau memang kegemaran ita aduh mana la senang nak berhenti. Tak silap-silap bertambah lagi la berat kita.



Tapi bila susah nak kawal nafsu makan memang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti diabetes, kegemukan, darah tinggi dan serangan jantung. Jadi sebelum ia membahayakan diri kita sendiri ini ada 5 cara kawal nafsu makan dengan mudah


5 CARA KAWAL NAFSU MAKAN DENGAN MUDAH
1. Minum air dengan banyak



Hah..kita ni tak kira la kurus ke gemuk ke air tu penting minum secukupnya setiap hari. Bagi yang kawal nafsu makan ni, air sangat penting. Masa bila nak minum? Setiap kali sebelum makan korang mesti minum dulu segelas air. Bila perut dah penuh dengan air memang korang akan cepat kenyang dan nak makan nanti plak tak rasa nak tambah banyak.

2. Jangan lambatkan sarapan


Ramai yang suka abaikan sarapan ni alasannya tak sempat. Sebenarnya sarapan la penting untuk korang. Lagi satu tolong jangan lambatkan sarapan. Ni dah nak masuk pukul10 pun masih belum sarapan. Sarapan la awal pagi dalam pukul 7 pagi.

3. Pengambilan protein

Ramai yang fikir protein ni menyebabkan berat badan akan bertambah. Sebenarnya protein ni la membantu korang supaya cepat kenyang dan dapat mengawal nafsu makan.

4. Makan tepat pada masa




Apa maksud makan tepat pada masa? Maksudnya camni..kalau sarapan tepat pukul 7 pagi, teabreak pukul 10 pagi,makan tengahari pukul 1 petang, teabreak pukul 5 petang dan makan malam pukul 8 atau 9 malam. Kalau supper tu kalau boleh jangan la sampai la lewat malam sangat dan jangan makan makanan berat. 

5. Makanan yang membantu mengawal nafsu makan


Cuba masukkan 5 jenis makanan ni untuk setiap hidangan korang.

+ pisang- meningkatkan tenaga dan perut berasa kenyang dengan cepat dan lebih lama.

+ oat - Oat boleh makan untuk gantikan sarapan. Ia mampu menurunkan kolesterol LDL sebanyak lima peratus dalam masa enam minggu. Kunci utama membunuh kolesterol adalah beta-glucan yang mana oat ini mampu menyerap LDL dan menyingkirkan lemak dari badan.

+ cendawan - ini mampu mencegah lemak dan penggalak imun sehingga membantu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih

+ Asparagus- Sayur rangup ini dapat membekalkan inulin iaitu satu serat khas yang membantu bakteria baik di dalam saluran penghadaman

+ bawang - Bawang dianggap mampu mengubati pelbagai penyakit bermula daripada diabetes sehinggalah rawatan meningkatkan prestasi olahraga. Bau yang terdapat pada bawang juga mampu menentang penyakit kardiovaskular. Memasukkan bawang di dalam masakan mampu menambah rasa pada masakan yang boleh menentang rasa cepat lapar.

5. Bersenam



Ada yang cakap bila bersenam, lagi banyak peluh, badan letih kita akan cepat lapar. Sebenarnya bila kita bersenam ia dapat mengawal nafsu makan kita sebabnya metabolisma badan kita akan lebih stabil. 



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)