SELAMAT DATANG ADIK IPAR BARU

Assalammualaikum...

Baru dapat update blog ambe ni ha...nak delat 4hari tak terupdate, sempat blogwalk skit je.


Hari khamis minggu lepas kami sekeluarga termasuk keluarga mertua bertolak ke Kluang sebab adik ipar Ida akan bernikah di Mersing hari sabtu tu. Bertolak malam khamis tu so hari jumaat boleh la rehat kat rumah. Malam tu baru bertolak tidur di homestay di Mersing.

Asyraf pula sampai je kat Kluang demam la plak, nasib la cepat kebah. Cepat-cepat Ida bagi Nutriferon kat die. Hari kenduri tu dah kebah demam die, main pun ok cuma kadang je die macam lemah skit sebab demam kot.Yelah musim panas ni.

Alhamdullilah hari Sabtu tu selesai majlis pernikahan adik ipar ida. So selamat datang adik ipar baru, hope terlayan la kakak-kakak ipar dan adik ipar kamu yang gila-gila ni.hhehe. Ida dengan adik dan kak ipar memang gila skit. Masuk la kepala.





Ini la keluarga besar mertua Ida.heheh.Tu ada sorang lagi tak masuk dalam.Adik beradik suami dah 9 orang.huhu. Bulan 4 ni yang tudung biru kat bawah tu plak akan bernikah.


Selesai majlis nikah Ida ke Johor plak pergu jumpa ibu Ida kat sana. Sampai JB Aqil plak yang demam,aduh musim sekarang ni dengan cuaca panas. Esoknya dah bertolak balik Kemaman sebab Isnin en suami dah keje. Memang tak lama la kalau nak balik pun sebab en suami amik cuti pun untuk majlis nikah je. Nanti kenduri plak bulan4 ni di Kemaman. Adik ipar sorang lagi akan dinikahkan disini.

Post a Comment

1 Comments