5 PERATURAN SENAMAN BAGI IBU HAMIL

Assalammualaikum..

Semasa hamil nak buat senaman memang takde masalah. Malah memberikan kebaikan kepada si ibu. Si ibu akan beraa lebih positif,tidur lebiih selesa dan mengurangkan kesakitan sepanjang kehamilan.Secara tak langsung si ibu akan lebih bersedia menunggu hari kelahiran nanti. 


Senaman bagi ibu hamil ini akan menguatkan otot dan membina daya ketahanan dan membantu bentu badan kembali asal selepas bersalin.Best kan. Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada si ibu dan janin dalam kandungan. Di sini ada 5 peraturan senaman bagi ibu hamil

5 PERATURAN SENAMAN BAGI IBU HAMIL

1. Dapatkan Nasihat Daripada Doktor


Jika memang ibu-ibu dah biasa melakukan senaman dan kandungan tiada masalah. Senaman boleh diteruskan seperti biasa. Tetapi bagi sesetengah yang ada potensi kehamilan berisiko mestilah mendapatkan nasihat dari doktor dulu. Jangan nak main redah je. 

2. Lebihkan Pengambilan Kalori


Ambil sekurang-kurangnya 300 ke 500 kalori tambahan setiap hari terutama apabila melakukan senaman ketika hamil. Makan dengan baik bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

3. Elakkan Senaman Berbahaya


Aktiviti menunggang kuda misalnya tidak sesuai untuk wanita hamil. Lebih berbahaya kerana mereka berisiko untuk terjatuh ketika melakukannya.

4. Pakai Pakaian Yang Bersesuaian


Si ibu mestilah pakai pakaian yang longgar dan selesa perlu menjadi keutamaan. Jika boleh pakai pakaian berlapis, kalau panas boleh buang lapisan pertama baju. Pastikan juga korang memakai coli yang menyokong pergerakan anda dengan baik. Dapatkan juga kasut yang bersesuaian.

5. Memanaskan Badan


Senaman memanaskan badan membolehkan otot dan sendi bersedia untuk melakukan kerja-kerjanya sekali gus membuatkan denyutan jantung naik secara perlahan-lahan. Jika masih teruskan senaman ini mungkin akan membahayakan diri korang sendiri.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

7 comments:

  1. wahh bangus sekali entri nie..boleh share nie

    wahh moga dapat beri manfaat kepada semua

    Last Dayy !! Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    ReplyDelete
  2. yg penting minta nasihat doktor dulu kan. kalau boleh ada pelatih yg berkelayakan lg ok

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tipnya. Jom join GA mudah saya di :

    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    ReplyDelete
  4. wah... bgs gak ni... masa pregnant akak malas tul nak senaman....

    ReplyDelete
  5. malas lagi satu then tak tahu nak senaman... hehe... gd info

    ReplyDelete
  6. Nice sharing... Kalau jenjalan buat kerja rumah pun dikira senaman kan..

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS