11 CARA ATASI SUSAH TIDUR IBU HAMIL SAMPAI BERJAGA SEMALAMAN

Assalammualaikum...

Semakin hari kandungan semakin membesar dan perut kita juga mengalami benda yang sama. Kalau dulu pada awal kehamilan memang ibu-ibu hamil boleh tidur dengan nyenyak tapi bila dah masuk trimester kedua tidur tu bukan seindah seperti dulu.


Bila nak masuk trimester kedua ibu-ibu hamil digalakkan supaya tidur mengiring bukannya terlentang. Ini kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. 


Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan. Ini ada 12 cara untuk atasi masalah tidur bagi ibu hamil.

12 CARA ATASI SUSAH TIDUR IBU HAMIL


1. Posisi tidur mengiring ke kiri



Posisi mengiring semasa tidur adalah posisi terbaik untuk ibu hamil. Jadi pastikan ibu-ibu hamil amalkan dari awal kehamilan.

2. Mandi air suam


Sebelum tidur apa kata mandi dulu dengan air suam. Kalau rumah ada tab mandi pun lagi best, boleh berendam sekejap. Kalau takde pun mandi je guna pemanas air dalam bilim air tu. Kalau tak pun jerang la sekejap air panas dan campur dengan air sejuk dan mandi. Tidur akan lebih selesa nanti.

3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur





Ibu-ibu hamil ni perut memang cepat lapar terutamanya pada waktu tengah malam. Jadi cara terbaik ambil makanan yang ringan dan berkhasiat seperti biskut oat atau gandum.

4. Minum Susu Suam


Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu untuk tidur nyenyak.

5. Amalan Tarik Nafas


Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali. Ini juga salah satu latihan untuk meneran apabila bersalin nanti.

6. Bersenam




Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Tapi jangan melakukan senaman beberapa jam sebelum tidur, ini kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat korang akan berjaga malam.

7. Bantal untuk ibu hamil


Ibu hamil memang susah nak tidur dengan selesa tambah kalau perut pun semakin membesar. Sekarang ni dah terjual bantal peluk yang berbentuk melengkung untuk ibu hamil. Apa kata en suami belikan satu untuk isteri-isteri korang. Ini membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.

8. Suhu Bilik


Pastikan suhu bilik sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar supaya tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa


Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu ibu-ibu hamil tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Pakaian Tidur



Baju tidur pun memainkan peranan untuk tidur yang lebih selesa. Pastikan baju tidur tu dapat serap peluh dengan baik.

11. Suasana Bilik Tidur


Pastikan bilik tidur dikemas dan selesa. Kalau ada spray wangi untuk bilik tu. Sembur sebelum tidur. Lampu pun pastikan malap jangan terlalu terang. 


Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

5 Comments

  1. perkongsian yang menarik, akan tetapi satu perkara yang paling Farah ingati sewaktu hamilkan Ash adalah Farah kuat tidur! Hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. BAgus tipnya, isteri saya baru nak masuk trimester kedua.

    ReplyDelete
  3. terkenang time time pregnant dulu.
    sakit! letih! tapi indah utk dikenang :)

    ReplyDelete