7 TIPS MELANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN

Assalammualaikum...

Semasa mengandung macam-macam makanan yang kita akan makan. Selalu orang akan kata macam ni. " Takpe makan je nanti dah bersalin masa pantang dah tak boleh makan". Makan tak salah sebenarnya tapi jangan berlebihan. Berat badan pun naik mendadak, dah bersalin pening kepala risau psal berat badan pula.



Memang ada cara nak langsingkan badan selepas bersalin ni. Nak taknak je. Pastikan jangan sampai korang jadi terlalu stress pula. Stress tak membantu korang kurangkan berat badan pun malah menaikkan lagi ada la. Ini ada 7 tips melangsingkan badan selepas bersalin.


7 TIPS MELANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN

1. Jangan diet


Pelik kan? Nak kurangkan berat badan tapi tak boleh diet. Itu la salah sesetengah orang yang dalam program berat badan ni. Sepatutnya bukan diet sampai tak makan tapi kurangkan kalori makanan yang diambil. wajib makan 3 kali sehari. No excuse. Bila korang tak makan, perut akan menjadi terlalu lapar. Dan sekali korang nak makan mesti akan makan banyak.Takkan nak salahkan diet pula kan. Pastikan korang makan makanan yang seimbang. Sayur-sayuran dan buah-buahan itu mesti makan.

2. Makanan berkhasiat


Bila menjadi seorang ibu ni, korang kena pastikan makan makanan yang berkhasiat dan seimbang tambah kalau menyusukan badan. Makanan yang berkalori tinggi,junk food ke fast food ke kalau bleh kurangkan la. Contoh macam ikan salmon yang mengandungi omega (DHA). Ini bagus untuk otak dan sistem saraf korang dan anak. Susu dan yogurt yang mengandungi kalsium yang tinggi bagus untuk tulang dan gigi yang kuat dan banyak lagi. Boleh check dalam piramid makanan.

3. Menyusu


Cara paling senang nak kurangkan badan sekaligus langsingkan berat badan adalah dengan penyusuan. Ada beberapa kajian yang membuktikan penyusuan secara ekslusif membantu mengurangkan berat badan dengan lebih cepat. Di mana ia boleh membakar 300 kalori korang setiap kali penyusuan. Wah hebat tak? Eira Syazira pelakon Malaysia tu masa mengandung lebih 80kg tapi dalam masa 3 bulan boleh turun sebanyak 30kg tau!

4. Minum air



Minum air sebenarnya membantu untuk elakkan korang dari makan terlalu banyak. Ini akan mempercepatkan kadar metabolisma badan korang. Kalau nak tahu sama ada korang minum air dengan mencukupi, mesti korang akan ke tanada dama 3-4jam dan warna air kencing korang berwarna putih bukan kekuningan. Jadi minum la air sebanyak mungkin sekurang-kurangnya 3 liter setiap hari.

5. Bergerak


Selain pemakanan yang sihat, senaman juga sebenarnya penting. Senaman yang ringan seperti aerobik pun dah mencukupi sebenarnya. Ini membantu membakar kalori dan menjaga otot dan tulang yang kuat. Sekali sekala atau hujung minggu boleh la pergi melakukan senaman di luar seperti jogging di taman permainan. Ini juga membantu dari korang mengalami stress atau kemurungan.

6. Tidur mencukupi


Bila dah ada anak, memang tidur korang pasti akan terganggu setiap hari. Penting untuk mendapatkan tidur mencukupi supaya si ibu tidak akan menjadi terlalu penat dan akan menyebabkan stress. Jika badan terlalu letih ia akan mengeluarjan hormon kortisol yang memberi tekanan dan menyebabkan penambahan berat badan. Jadi dapatkan tidur mencukupi sekurang-kurangnya 6-7 jam. Kalau waktu siang, curi masa sedikit untuk tidur sebentar sementara anak-anak masih tidur.

7. Meminta bantuan.



Jika semua perkara ini korang tak dapat ikut dengan baik. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar pemakanan untuk dapatkan program diet yang betul. Mereka akan membimbing korang sehingga berjaya. 

Kalau nak dapatkan konsultasi dari Ida pun boleh takde masalah. Ida akan membantu korang menurunkan berat badan dengan cara yang betul.






Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

3 comments:

  1. Yang bab jangan berdiet tu betul. Nanti lagi stress bila berat tak turun. Silap-silap naik mendadak.

    ReplyDelete
  2. Minum banyak air putih, bersenam tu semua betul tips tu :)

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS