6 TIPS ELAK MENGANTUK DI TEMPAT KERJA

Assalammualaikum..


"Lemau je rasa badan hari ini. Nak buat kerja pun macam malas"


Pernah tak alami penyakit malas macam ni? Bila mula datang penyakit 'malas ni' dan akan datang juga penyakit 'mengantuk'. Selalu berlaku kat tempat kerja,kalau dulu zaman sekolah mesti pernah alami kan. Jap lagi mula la tersorok muka di sebalik buku kononnya tengah study..ceh...Ini nak kongsikan 6 tips elak mengantuk di tempat kerja.

6 TIPS ELAK MENGANTUK DI TEMPAT KERJA

1. Jangan Tinggal Sarapan


Bab sarapan ni selalu Ida suka tekankan terutamanya pada mereka yang nak kurangkan berat badan. Jangan tinggalkan sarapan! Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan badan akan lebih bertenaga untuk buat kerja tapi jangan  la makan sampai terlebih kenyang. Datang juga nanti penyakit mengantuk tu. 

2. Buat Rengangan Badan




Tak kisah sesibuk mana pun kerja korang. Bertimbun fail atas meja pun terutamanya yang kerja pejabat. Sekali-sekala buat la regangan badan tu. Berjalan sekeliling pejabat atau pergi buat secawan kopi. Jangan la sampai duduk je depan PC tu seharian.


3. Kunyah/Makan



Mengunyah salah satu cara nak hilangkan mengantuk ni. Tapi pastikan jangan makan berlebihan pula terutamanya junk food ni. Boleh tukarkan pada snek yang lebih sehat seperti kekacang. Sedap jugak kan. Ini juga mengelakkan korang terlalu lapar. 

4. Sembang Dengan Rakan Sekerja




Dah kerja takkan la sampai taknak bersembang dengan rakan sepejabat korang. Jangan pula sampai sembang gosip benda tak berfaedah. Kang ada juga kena masuk bilik boss nanti. Berborak sebentar je untuk elakkan korang rasa bosan yang boleh menyebabkan mengantuk.

5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam




Ini satu masalah kalau korang jenis suka bawa balik kerja ke rumah. Kalau boleh habis waktu kerja tu terus balik supaya korang boleh berehat dan tidur awal. Pastikan masa tidur korang mencukupi untuk bekalan tenaga keesokkan hari nya. Mesti korang dapat rasa perbezaanya. 


6. Motivasi Diri




Sikap mengantuk dan malas ni selalunya datang dari diri sendiri. Memang dah set mind tu 'aku mengantuk'.'aku malas'. Kalau boleh sentiasa terapkan kata-kata semangat dalam diri tu. Buka hilangkan mengantuk malam apa yang korang lakukan seharian juga semakin bertenaga




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments