6 SEBAB SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN, SILA PERIKSA SEMULA!

Assalammualaikum...

Ramai yang sering gagal dalam program turunkan berat badan. Dah makan macam-macam produk berat badan still tak turun malah ada yang meningkat. Bila dah jadi macam ni stress pun ada pastu dah mula putus asa.



Produk turunkan berat badan di luar hanya membantu sahaja tapi yang penting sebenarnya diri sendiri juga. Kena yakin dengan diri dan jangan terlalu bergantung pada produk semata-mata. Ini ada 6 sebab susah turunkan berat badan yang korang kena periksa semula.

6 SEBAB SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

1. Banyak Makan Makanan Masin & Berlemak


Orang Asia memang terkenal dengan makanan yang berlemak dan masin. Masak rendang, masak lemak. Bila terlalu banya makan ia membuatkan kalori juga bertambah dan menjadi lemak degil. Makanan yang mengandungi banyak garam juga perlu dielakkan. Kurangkan dari kuantiti yang biasa jika memasak. Selain boleh mengakibatkan hipertensi, terlalu banyak garam di dalam tubuh membuatkan cairan tubuh terkumpul di dalam badan. Ini sebabnya berat susah nak turun.

2. Selalu Stress


Bila masalah berat badan ni tak selesai maka stress mula la datang. Hormon kortisol yang keluar saat stress akan merangsang nafsu makan, melambatkan metabolisme dan meningkatkan penempelan lemak di bahagian perut. Bila jadi macamni cuba relax dengan mendengar muzik, berbual dan ketawa dengan kawan-kawan, berurut,yoga atau bersiar-siar di taman.  Lakukan salah satu aktiviti ini paling kurang 10 hingga 15 minit setiap hari.

3. Sering Berjaga Malam


Dalam kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat menyatakan, kurang tidur akan meningkatkan hormon rasa lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Terdapat juga kajian lain yang membuktikan bahawa individu yang tidur kurang dari empat jam sehari mempunyai peluang menderita obesiti sehingga 73 peratus lebih tinggi jika dibandingkan dengan individu yang tidurnya tujuh hingga sembilan jam sehari. Sebab itu kita perlu tidur secukupnya. Kalau boleh pukul 10 malam tu dah masuk tidur. Jangan nak melepak lagi depan tv..

4. Makan Tidak Di Meja Makan


Kita memang suka makan di depan tv, komputer atau sambil membaca buku. Ini akan menyebabkan korang leka dang mengunyah atau makan dengan banyak tanpa sedar. Kalori yang masuk ke dalam perut pundah jadi tak terkawal.

5. Kurang Bergerak


Sebenarnya sambil bekerja pun kita boleh melakukan senaman. Ini terutamanya mereka yang kerja di dalam pejabat. Kerani atau sebagainya. Korang boleh je buat senaman ringan seperti regangan kaki dan tangan. Silang-silangkan atau ayun-ayunkan kaki dan tangan sambil duduk di atas kerusi dua hingga lima minit setiap selang satu jam. Aktiviti ini mampu memberi tambahan pembakaran kalori berbanding hanya duduk di atas kerusi tanpa melakukan apa-apa regangan selama berjam-jam lamanya.

6. Fikir Produk Tenusu akan menggemukkan


Ramai yang sangka kalau minum susu badan lagi akan bertambah gemuk. Salah sebenarnya. Wanita yang mengambil yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak tiga hingga empat kali sehari mampu mengusir 70 peratus lemak dari tubuhnya. Ini kerana kalsium daripada susu berperanan sebagai ketua yang akan merangsang tubuh untuk membakar lebihan lemak. Pengambilan kalsium atau produk tenusu sebanyak 3 kali sehari akan membantu korang menurunkan berat badan. Insyaallah...



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

4 comments:

  1. hu hu hu, sebab sering berjaga malam tu lah jadi penyebabnya tu...

    ReplyDelete
  2. no.3 dan no.4 tu husband selalu buat.tu yang perut ke depan tu.ehehehe.

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS