10 TANDA-TANDA KANSER PADA KAUM LELAKI,JANGAN ABAIKAN!

6:13:00 PM

Assalammualaikum...


Tanda-tanda awal kanser memang susah untuk dikesan terutamanya kanser prostat. Kaum lelaki tidak dinafikan kebanyakkan bab kesihatan memang suka abaikan. Ada tu memang malas atau malu nak buat ujian kesihatan. Bila dah mula jatuh sakit baru la kelam kabut nak pergi buat pemeriksaan.


Masalah kanser ni boleh dikesan dengan lebih awal dengan melakukan pemeriksaan doktor. Atau sekali sekala buat la pemeriksaan supaya dapat dicegah dengan lebih awal. Ini ada 10 tanda-tanda kanser pada kaum lelaki tak boleh lepas pandang.

10 TANDA-TANDA KANSER PADA KAUM LELAKI

1. Ketulan yang tidak normal


Sama juga seperti kanser payudara jika terdapat ketulan yang abnormal pada badan cepat-cepat la buat pemeriksaan. Begitu juga dengan kanser prostat. Ketulan abnormal ini selalunya akan timbul dalam payudara, buah zakar, nodus limfa dan tisu lembut, seperti tendon dan ligamen.

2. Perubahan dalam buah zakar



Periksa sama ada buag zakar korang sebelah kecil dan besar atau kedua-duanya membesar. Sila la rujuk ke doktor secepat mungkin jangan lengahkan lagi. Kanser testis adalah yang paling biasa di kalangan lelaki muda dan pertengahan umur.

3. Perubahan tabiat korang ke tandas


Tiba-tiba korang terlalu kerap ke tandas atau sakit semasa buang air. Ini juga antara tanda-tanda kenser pundi kencing atau prostat. Malah korang mengalami sembelit atau cirit-birit dalam masa yang lama.

4. Perubahan kulit 


Perubahan kulit seperti kulit bersisik, luka yang berterusan,atau ketuau atau tahi lalat yang berubah warna, saiz atau bentuk secara tiba-tiba.

5. Senak atau masalah menelan


Jangan beranggapan masalah senak atau rasa susah nak menelan sesuatu itu perkara biasa. Mesti ada yang fikir gastrik atau makan makanan pedas. Jangan terkejut ia berkemungkinan tanda kanser esophageal, perut atau kanser tekak.

6. Batuk yang berterusan atau serak


Batuk yang berterusan selama lebih dari 3 minggu hingga suara korang menjadi serak dan pedih tekak. Tak kisah sama ada korang merokok atau tidak ia juga boleh menjadi tanda kanser paru-paru. Segerala membuat pemeriksaan doktor.

7. Perubahan dalam mulut


Jika korang merokok sila perhatikan di dalam mulut dan lidah. Tompok putih dalam mulut atau pada lidah mungkin juga tanda kanser. Jika tidak dirawat dengan awal akan menjadi kanser mulut. Kadang-kala ada yang mengalami pendarahan atau kebas.

8. Penurunan berat badan


Tanda disedari berat badan korang tiba-tiba turun secara mendadak. Sila la periksa segera berkemungkinan ia tanda kanser pankreas, perut, esofagus atau kanser paru-paru.

9. Keletihan yang berterusan


Walaupun bermain sekejap dengan anak-anak, korang akan berasa cepat letih dann tidak bertenaga. Keletihan yang berterusan boleh menjadi tanda leukemia serta beberapa kolon dan perut kanser.

10. Sakit yang berterusan


Bila sakit-sakit ni berterusan sehinggan setiap masa korang mengeluh. Sila la segera ke hospital buat pemeriksaan doktor. Bagi si isteri paksa suami korang buat pemeriksaan segera.  


Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)