10 TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT KENCING MANIS,ELAKKAN SEBELUM BERTAMBAH TERUK

Assalammualaikum...

Kencing manis merupakan di antara 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia. Statistik yang terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia yang positif menghidapi Diabetes Mellitus atau kencing manis. 



Kebanyakkan tanda-tanda awal kencing manis ni susah dikesan dengan lebih jelas pada seseorang melainkan die sendiri akan pergi membuat pemeriksaan. Jadi Ida nak kongsikan 10 tanda-tanda awal penyakit kencing manis sebelum ia bertambah teruk atau boleh dielakkan dengan lebih awal.

10 TANDA-TANDA PENYAKIT KENCING MANIS

1. Paras gula darah tinggi


Kalau nak tahu paras gula dalam darah ni mestilah kena buat pemeriksaan dekat klinik atau hospital. Sebaiknya walaupun tak jatuh sakit setiap sebulan atau selang 3 bulan buatkan pemeriksaan kesihatan supaya dapat cegah dengan lebih awal. Bagaimana pun pemakanan pun korang kena jaga. Jangan main hentam je, bukan tak boleh makan fast food semua tu tapi biarla sederhana. Jangan la sampai setiap hari nak makan. Jika ia berterusan paras gula dalam darah akan meningkat tinggi.

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam


Perhatikan kalau korang terlampau kerap ke bilik air terutama pada waktu malam dan terlalu dahaga. Ini antara tanda korang ada diabetes. Ini kerana apabila terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja keras untuk hilangkan gula tambahan tu. Jadi ni akan membuatkan korang kerap ke tanadas dan akan mula dahaga sebab kehilangan banyak air.

3. Hilang berat badan secara tiba-tiba


Bila tahap gula dalam darah terlalu tinggi ini boleh menyebabkan berat badan korang akan hilang secara tiba-tiba dalam 2-3kg dalam masa 2-3bulan. Ini kerana apabila hormon insulin tidak membekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana digunakan sebagai tenaga. Badan akan anggap korang kelaparan dan akan menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.


Jadi kalau tiba-tiba berat badan turun walaupun korang tak diet. Sila la buat pemeriksaan segera.

4. Sentiasa rasa lapar


Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti normal, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa. Ini akan menyebabkan tahap gula turun. Badan akan beranggapan korang lapar dan memerlukan lebih glukosa.

5. Luka lambat sembuh


Ini antara tanda masalah kencing manis semakin kronik. Ia berlaku kerana saluran darah telah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan dan telah bergerak ke dalam urat dan arteri. Ini la telah menyebabkan luka korang lambah sembuh walaupun luka yang kecil.

6. Keletihan dan cepat marah


Bila badan terlampau berusaha untuk imbangkan kekurangan glukosa ni akan menyebabkan korang mula berasa letih. Bila terlampau letih ni akan menyebabkan korang terlalu cepat nak marah dan stress. Malah boleh menyebabkan tidur malam korang terganggu.

7. Terdedah kepada jangkitan kulat


Wanita perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes ini akan melemahkan imunisasi jadi korang akan mudagh mendapat jangkitan.

8. Penglihatan kabur


Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi ini akan mengubah bentuk kanta mata dan menyebabkan penglihatan mula kabur. Tapi akan menjadi pada bentuk asal jika kandungan gula dalam darah kembali normal. Jika gula terlalu tinggi dalam darah dalam masa yang lama ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.


9. Sakit-sakit pada tangan dan kaki


Korang akan terasa kebas, sakit-sakit seperti kulit terbakar atau bengkak kaki dan tangan. Ini antara tanda bahawa kencing manis ni telah merosakkan sarat korang.

10. Kulit berubah warna


Ini boleh menjadi tanda kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.




Nak order? sila klik

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

7 Comments

  1. Alhamdulillah tanda2 tu takde..nauzubillah..apa2 oun better mencegah dr mengubat kan :)

    ReplyDelete
  2. kerap kencing and badan susut pun tanda juga
    kalau anda kerap kencing anda berat turun better cek gula.
    bgn malam untuk kencing buat badan tiada tenanga sbb tidur tak cukup.

    nice sharing btw :)

    ReplyDelete
  3. Rasanya takder lagi kot tanda2nya..apapun mmg kena hati2.

    ReplyDelete
  4. Rasanya takder lagi kot tanda2nya..apapun mmg kena hati2.

    ReplyDelete