MELAKA WONDERLAND THEME PARK & RESORT

Assalammualaikum...

Baru-baru Ida pergi bercuti ke Melaka kebetulan nak ke kenduri kahwin kawan en suami. Kenduri nye hari Sabtu so hari Jumaat pagi tu kami dah bertolak. Ada la jugak beberapa kawan en suami yang pergi sekali. Kami tidur di homestay kebetulan ada juga 2 family yang lain. Homestay tu kawan pada kawan suami yang bawa, rumah besar la boleh tahan. Ada 3 bilik 2 bilik air. Harga RM 150 semalaman. Duduk 2 malam baru Rm100.Jimat kan.hehehe




Balik dari kenduri tu kami plan nak mandi-manda di Melaka Wonderland Theme Park&Resort. Theme park ni baru buka so nak tahu la best ke tak kan. Oh ye..makanan sendiri tak boleh bawa masuk ye, masa masuk tu banyak la makanan-makanan yang terpaksa disimpan diluar. Harga masuk die biasa la kalau masuk mana-mana theme park pun.


Anak-anak memang suka la kecuali Aqil.hehehe. Masuk sekejap je dah nangis, terkejut kot. Dah nak balik baru nak main-main air. Asyraf dengan yang lain memang hantu air. Sampai tak nak naik la dok mandi je.

Kitorang mandi bahagian bawah je. Tak nak atas penuh orang. Bersesak la, lagi satu takde tempat nak berteduh. Dah la panas. So pihak managment kena upgrade la skit kemudahan ye.

suka sangat Asyraf mandi




Kat atas memang sesak,Ida naik kejap je sebab takde tempat nak teduh. Cuaca plak panas..huhhu


steady je masuk theme park pakai jubah.heheh. Baru pas kenduri dah malas nak tukar baju






Pendapat Ida la. Kalau remaja,anak dah besar sesuai la ke sini. Ida dah tak naik la atas sana nak tengok. Tunggu la anak-anak dah besar nanti.











Dinasour semua ni ada kat luar theme park tu je. Katanya dulu dinasour ni bergerak tapi ntah la orang takut kot. So benda tu dah tak bergerak tapi sayangla sebab dinasour tu diperbuat dengan span je. Dok kat luar kena hujan dan panas.Habis rosak. Terkoyak sana sini.

Asyraf masa mula-mula sampai menangis tengok dinasour. Baru tahu besar ke tak,sebelum ni kemain lagi suka dinasour. Balik tu pas mandi baru la die berani tak pergi tengok dinasour tu. Layankan jelah. Sampai ke balik homestay tu malam nya die mengigau kata "Abang penat g mandi tengok dinasour". Sabar jelah. Ingatkan dah tak bunyi nak ke zoo aih bunyi jugak esoknya.

So siapa yang nak try masuk boleh la tahan kalau untuk budak dah besar. Mak-mak macam kami yang ada anak kecik ni duduk bawah jelah ye..heheheh

SELAMAT BERCUTI!

Post a Comment

2 Comments

  1. patut tak pernah dengar.. baru bukak rupanya..
    hurm betul.. panas2 tu management kena tambah tempat berteduh.. kadang2 yang mandi tu sorang ja.. yg lain teman eheh.. nak duduk..

    ReplyDelete
  2. da lama bukak da ni. bukan baru.
    resort nyer pun dlm pembinaan skang ni.
    ntah da siap ke belum.

    ReplyDelete