KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE DI MELAKA

3:24:00 PM

Assalammualaikum...

Hari ni kita sambung lagi story mory kita psal tempat menarik di Melaka. Tak dinafikan la kan, pageview Ida meningkat sejak beberapa bulan ni sebab ramai sangat pakai search tentang tempat menarik di Melaka dan terjumpa la dengan blog Ida.



Ada juga kawan Ida yang search dah jumpa blog Ida. Die kata berguna juga blog Ida, die boleh pergi tempat menarik di Melaka. So Ida plak baru ni pun baru je balik bercuti dari Melaka. Ni kalau sapa suka jalan-jalan cari makan, Ida suggest kan tempat ni. Korang mesti singgah kalau ke Melaka. Jom singgah di Klebang Original Coconut Shake di Melaka.

gelas ke- kongsi dengan anak.hehehe

Ala setakat coconut shake je kat pasar malam pun berlambak.Mesti ada yang cakap camtu kan. Tapi bagi Ida coconut shake kat sini lain skit. Sedap la berbaloi dengan harga die. Terasa la buah kelapa di dalam die tu, dengan aiskrim vanilla yang besar atas die. Wah teringin nak pergi minum lagi la plak.


Kalau korang ke sini. Mesti makan sekali nasi lemak die. Sedap walaupun skit je. Ida aritu makan 2 bungkus nasi lemak dengan 1 bungkus bihun. En suami makan sampai 3 bungkus. Ida kata ikutkan amik 10 bungkus Ida boleh habis kan.hehehe.Kuih muih die pun banyak pilihan dan sedap. Kebanyakkan ramai yang amik keropok lekor. Sedap.


Kedai die buka dari pukul 11 pagi hinggan 6.30petang. Kami sampai pukul 11.10 pagi pun dah ramai orang, dah ramai yang beratur. Agaknya pukul berapa la diorang tunggu kedai nak buka tu.huhuhu. Memang terlajak laris la sampai sesak jalan.


makan sekali dengan family sepupu en suami.

boleh la tahan harga die kan. Berapa banyak Ida amik tu.hehehe.Atas sekali tu harga coconut shake RM2.40 

So senang Ida cakap mungkin biasa la, tapi kalau korang ke Melaka mesti singgah kat Klebang Original Coconut Shake ni. Kedai die kat tepi jalan kawasan taman perumahan. Kalau google cari maps die mesti jumpa.

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

3 comments

  1. Em.. mmg best coconut shake yg kt klebang ni..

    ReplyDelete
  2. uuurm tak sampai lagi Klebang.. dok tngk je orang cakap tempat ni best.. one fine day insyallah.. nak coconut shake n kopok lekor =)

    ReplyDelete
  3. kalau tanya aida, tak brape best dah sini.
    batu berendam, alai ~ dah ada jugak.
    better ke sana.
    but worth trying la. utk pengalaman sendiri.

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)