8 PERKARA MESTI DIELAKKAN BAGI MASALAH KULIT BERMINYAK

Assalammualaikum...

Bila bercakap tentang masalah kulit, ada bermacam-macam jenis masalah kulit ni. Ada yang masalah kulit kering, kulit berjerawat dah kulit berminyak. Agak malu masalah kulit berminyak ni bila di bawah sinaran matahari, nampak bersinar je. Sampaikan pakai tisu anti minyak pun habis lencun. 


Ini akan menyebabkan masalah jerawat pula timbul. Jerawat akan timbul apabila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Dah satu masalah pula kan. Ini ada 8 perkara mesti dielakkan bagi masalah kulit berminyak.

8 PERKARA MESTI DIELAKKAN BAGI MASALAH KULIT BERMINYAK

1. Membersihkan Muka Terlalu Kerap


Bila kulit berminyak semestinya kita nak kulit kita menjadi kering,lembab dan jerawat pun cepat hilang. Cara yang salah apabila kebanyakkannya suka mencuci muka dengan terlalu kerap. Cukupla sekadar 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sahaja.

2. Menyental kulit dengan scrub terlalu kerap


Elakkan guna scrub dengan terlalu kerap. Scrub ni agak kasar dan kalau korang kerap sangat menyentalnya ia akan lebih memburukkan keadaan. Kulit akan menjadi semakin terul. Sebaiknya pilih scrub yang jenis halus dan urutkan secara perlahan sahaja dan bilas dengan air suam. Gunakan dalam 2 kali seminggu sahaja.

3. Tidak Membersihkan Peluh 




Seharian berkerja, melakukan bermacam-macam aktiviti semestinya peluh akan keluar dengan banyak. Jangan biarkan peluh menjadi kering, rehatkan badan seketika dah terus cuci muka dan mandi. Badan dan mula pun akan jadi lebih segar kan. 

4. Picit jerawat


Ini adalah satu tabiat yang normal bila ada tumbuh seketul jerawat dekat muka,tangan ni suka merayap nak memicitnya (terasa la pula..hehhehe). Tabiat seperti akan lebih memburukkan keadaan. Berkemungkinan akan meninggalkan parut di muka.

5. Syampu rambut terkena wajah



Bersyampu tidak salah, tetapi apabila syampu rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berminyak dan berjerawat. Ini adalah kerana syampu mengandungi bahan pelembap atau minyak untuk melembutkan rambut. Jadi pastikan buih syampu tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6. Produk rambut hanya untuk rambut


Penyembur rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini kerana untuk mengelakkan pori-pori tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Jadi bagi yang menggunakan penyembur rambut sila berhati-hati k...

7. Makan makanan berminyak


Salah satu penyumbang utama kulit berminyak dan berjerawat, sebaiknya amalkan diet yang sihat dan kurangkan makanan berminyak.

8. Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak


Produk yang mengandungi minyak akan menyebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Apabila ingin membeli alat solek, pastikan korang beli berlabel non-acnegenic atau non-comedogenic, hypo allergic atau oil free untuk mengelakkan jerawat.



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments