Zaman semakin canggih, kereta semakin banyak dan kesesakan lalu lintas pun semakin teruk. Rata-rata semua akan menggunakan kenderaan sendiri dari menggunakan kenderaan awam.
Kalau dekat Jepun kebanyakkan guna basikal je, apa kata kita pun guna basikal ke tempat kerja. Minyak pun tak kena, takde la sesak jalanraya. Kesesakan lalu lintas ni kadang kala membuatkan kita lambat ke tempat kerja lebih-lebih lagi bagi kawasan bandar. Ini ada 6 tips untuk elakkan kesesakan lalu lintas ke pejabat.
6 TIPS ELAKKAN KESESAKAN LALU LINTAS
1. Bangun Awal
2. Pindah
Kalau kawasan pejabat tu jauh dari tempat kerja, cari alternatif untuk pindah rumah lebih dekat. Tips ni untuk yang memang liat bangun awal pagi nak ke tempat kerja. Kalau ada rakan sepejabat yang tinggal berdekatan, korang sewa la rumah sekali dengan diorang. Tak salah kan?Boleh jimatkan minyak. Kongsi duit sama-sama isi minyak.
3. Alternatif
Selain guna kenderaan sendiri korang boleh guna alternatif lain naik kenderaan awam yang sedia ada. Walaupun kadang kala agak sesak juga sekurangnya akan jimatkan duit untuk minyak kereta korang. Semua ada sekarang bas, LRT, komuter...naik je senang. Kalau kawasan lain boleh gunakan bas.
4. Tumpang
5. Toleransi
Sikap ini merupakan kunci kepada kelancaran ketika berada di jalan raya. Bertolak-ansur dengan pemandu lain dan elak sikap terburu-buru ketika memandu. Jika ada polis trafik yang mengawal lalu lintas perjalanan, ikut arahan mereka. Sikap manusia sekarang kebanyakkan suka pentingkan diri sendiri. Semua nak cepat sampai akhirnya masing-masing dah dapat saman. Kan padan muka diri sendiri.
6. Tenangkan Fikiran
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia, kebanyakan kemalangan yang berlaku ketika perjalanan ke tempat kerja adalah akibat fikiran kusut kerana terlalu memikirkan tanggungjawab yang harus diselesaikan sepanjang hari. Tenangkan fikiran dan rancang perjalanan dengan lebih bijak.
SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
2 Comments
Ada plak menteri suh naik sampan elak tol...x ke sengal namanya tu...
ReplyDeletesuruh la diorg naik dulu baru org lain akan ikut...ckp ikut mulut boleh la..hehehhe
Delete