6 TIPS DAPAT ANAK COMEL, WOW COMELNYA ANAK KO

Assalammualaikum..

Setiap ibu bapa mesti sentiasa berdoa agar anak yang dikandungannya dilahirkan sempurna cukup sifatnya dan rupa paras.Malah berdoa agar anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh atau solehah. Dan paling penting anak yang comel.


Semua anak-anak yang dilahirkan memang sangat comel. Ada ikut muka kedua ibu bapa. Kadang kala masa kecik nampak muka macam ibu masa kecik, dah besar nampak macam muka ayah. Jangan risau, anak korang kan. Mesti la ada sepadan dengan muka korang suami isteri. Ini ada 6 tips untuk dapatkan anak comel.

6 TIPS UNTUK DAPATKAN ANAK COMEL

1. Amalkan mengaji Surah Yusuf Dan Surah Maryam


Memang elok sebenarnya jika membaca Al-Quran setiap hari lebih-lebih ibu mengandung. Bukan semata-mata untuk lahirkan anak yang comel, tetapi juga untuk melembutkan hati anak yang dikandung.


Antara surah yang disarankan untuk ibu hamil baca ialah Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman. Lebih bagus jika dalam tempoh sembilan bulan hamil,korang dapat khatam Quran. Namun, jangan pula amalan membaca al Quran dihentikan selepas melahirkan. Teruskan sahaja amalan mengaji dan jadikan rutin sampai bila-bila.

2. Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
Kata orang tua-tua, pemakanan sayuran hijau sangat membantu untuk anda lahirkan bayi yang berkulit cantik. Antara sayuran yang sesuai ialah bayam, dan brokoli. Sayuran jenis kekacang seperti buncis dan kacang panjang juga adalah digalakkan.


Buah-buahan seperti oren, anggur dan epal juga sangat digalakkan untuk diamalkan ketika hamil. Sayuran dan buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang memang sangat mujarab untuk kecantikan kulit.


Kurma merupakan antara makanan pilihan untuk wanita yang sedang hamil. Selain boleh mencerdaskan minda, ia juga dikatakan boleh mencantikkan kulit bayi.

3. Minum air kelapa

Digalakkan ibu hamil meminum air kelapa yang asli, terutamanya kelapa pandan. Selain dikatakan kulit bayi menjadi cerah dan comel, ia juga dikatakan boleh melebatkan rambut dan membersihkan bayi dalam kandungan.


Lendir dan darah tidak mudah melekat pada bayi ketika saat dilahirkan. Air kelapa ini dah boleh minum bila kandungan masuk 7 bulan. Jangan minum diawal kehamilan pula kerana ua membahayakan kehamilan. 

4. Makan Telur Ayam Kampung

Telur merupakan antara sumber protein. Tetapi bukan semua jenis telur sumber protein terbaik tau. Sebagai contoh telur ayam yang telah dicucuk supaya membesar dengan cepat. Bila menggunakan kaedah ini, tentu sekali ada bahan kimia yang terlibat.
Oleh itu, amalkan mengambil telur ayam kampung sebagai ganti.


5. Tengok gambar bayi yang comel

Tidak pasti sama ada cara ni berkesan ke tidak. Tapi kalau orang-orang tua memang pantang di saat ibu mengandung ni tengok benda-benda seperti binatang atau sebagainya. Jangan terlalu percaya sangat.


Ida dulu memang suka tengok citer Korea agaknya tu anak mata anak cam korea.hehehe.Tak juga sebenarnya Ida dan suami memang ada darah kacukan cina. Tapi Ida la yang paling dekat, nenek Ida orang cina mualaf.hehehehe. Lagipun mata Ida pun sebenarnya agak sepet juga sebab tu la dulu kawan-kawan suka panggil 'apek'..hhuhuhu

6. Minum air soya

Ada yang katakan soya ni tak bagus untuk kesihatan dan kulit. Sebenarnya saya setuju tentang fakta tu tapi bukan semua soya sebenarnya.Kita kena bijak memilih soya semasa hamil atau tidak. 


Di pasaran terdapat dua jenis soya. Satu yang ditanam dan dihasilkan secara semulajadi tanpa bantuan baja dan bahan kimia. Sejenis lagi ialah soya yang dicucuk supaya buahnya cepat matang. Kebanyakan soya yang ada di pasaran adalah soya yang dicucuk dan dibaja dengan bahan kimia. Kerana itulah banyak sangat kesan buruk yang mungkin berlaku sekiranya kita meminum soya di pasaran setiap hari.

Contoh mudah:


Buah tembikai yang besar tetapi bilap potong bijinya masih berwarna putih atau takde biji itu namanya tembikai itu telah dicucuk supaya buahnya cepat masak. Berbanding dengan buah tembikai yang kecik tetapi hitam bijinya itu la yang tumbuh secara semualajadi.

Testimoni Set Mengandung Shaklee







Nak order? sila klik



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

1 Comments