6 PUNCA KELEMUMUR,MALUNYA NAK JUMPA ORANG!

Assalammualaikum...

Wanita mahupu lelaki mesti ada mengalami masalah rambut seperti rambut kusut dan bercabang. Selain itu masalah palig ketara adalah masalah rambut kelemumur.


Nak jaga rambut kelemumur ni tak susah cuma kena rajinkan diri sedikit. Bagi wanita yang bertudung mungkin orang takkan nampak tetapi juga mesti menjaga dengan lebih baik dari orang yang tak bertudung. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu menjadi masalah kelemumur yang serius. Ini ada 6 punca kelemumur yang korang mesti tahu.

6 PUNCA KELEMUMUR

1. Seborrheic dermatitis


Biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkuping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering dan kurang berminyak berbanding punca-punca lain yang menyebabkan kelemumur.

2. Sensitif


Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan mengalami situasi kulit kepala kemerahan dan gatal. Sebenarnya terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

3. Jangkitan Yis Malassezia

Selain itu kelemumur juga boleh disebabkan jangkitan yis Malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir setiap individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah.


Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil.

Punca sebenar Malassezia tidak diketahui. Boleh jadi ia disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti Parkinson, sistem imunisasi terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.

4. Tidak mencuci rambut


Bagi wanita yang jarang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika korang tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, lantas menyebabkan kelemumur.

5. Psoriasis


Ada sesetengah wanita menghidapi masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat, gatal, kering, kemerah-merahan dan kadangkala menimbulkan rasa sakit yang berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di sekitar lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

6. Ekzema


Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur. Ia tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, namun sebaiknya ia boleh mesti dirawat sebelum menjadi serius. Lebih elok jika mendapatkan nasihat doktor.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Post a Comment

6 Comments

  1. tu la ada pepatah ckp rambut ne mahkota wanita

    ReplyDelete
  2. cik en jns rambut kering.. so xde mslh sgt kelemumur ni

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

    ReplyDelete
  3. akak kalau salah syampo mesti jadi kelulumur.. akak memang jenis hari2 cuci rambut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kita kak...ida pun sllu syampoo rmbut..nth la nnti rasa tak selesa je

      Delete