Siapa suka makan buah tomato? Ada sesetengah orang suka makan buah tomato kecil, kalau ke Cameron Highlands memang akan beli sebab rasanya yang ada manis dan masam.
Buah tomato selain untuk masakan seperti asam pedas, tomyam dan sebagainya ia juga bagus untu kesihatan kita. Ini Ida nak kongsikan 5 khasiat buah tomato.
5 KHASIAT BUAH TOMATO
1. Pengawalan Berat Badan
Tomato mengandungi lemak rendah serta tiada kolesterol menjadikan ianya berkhasiat untuk dimakan. Ia turut mengandungi banyak air serta serat yang mampu untuk mengenyangkan perut.
Bagi yang sedang berdiet untuk kurangkan berat badan boleh jadikan snek jika terasa lapar.
2. Membantu Masalah Susah Tidur
2. Membantu Masalah Susah Tidur
Kajian menunjukkan lycopene mempunyai banyak khasiat antaranya membantu kepada masalah tidur. Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam atau insomnia.
3. Mengurang Kerosakan Kulit
3. Mengurang Kerosakan Kulit
Tomato terkenal sebagai agen kecantikan kulit keran sumber nutrisi lycopene juga dapat membantu dalam pemulihan kulit.
Sebuah kajian membuktikan bahawa dengan memakan sos tomato berterusan selama 3 bulan dapat mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran radiasi matahari sebanyak 30%.
4. Membantu Penglihatan Mata
4. Membantu Penglihatan Mata
Selalunya orang akan makan lobak untuk kesihtan mata tapi ramai tak tahu sebenarnya buah tomato juga bagus untuk kesihatan mata.
Kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular degenerationyang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
5. Merawat Batu Karang
5. Merawat Batu Karang
Pengambilan tomato secara berterusan dapat memberi kelegaan kepada kesakitan akibat batu karang. Selain itu, menerusi beberapa kajian yang dijalankan juga membuktikan bahawa tomato dapat menghalang terjadinya penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser prostat.
rujukan: majalah EH
SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
4 Comments
Banyak juga khasiat tomata si merah yang mengoda nie..
ReplyDeleteInfo yang bagus..
kan....bnyk khasiat
Deleteumah aida wajib ada 3-4 biji tomato setiap masa.
ReplyDeletejadi ulam
masuk dlm sambal.
masuk dlm tomyam.
sedap tu
Delete