12 ANDAIAN ORANG DULU MENGENAI JANTINA ANAK DALAM KANDUNGAN

Assalammualaikum..

Orang dulu-dulu suka nak buat andaian macam-macam. Bukan tak baik, sebenarnya ada tu memang untuk kebaikan kita.So jangan kita ni terlalu taksub plak tau.


Contoh kalau anak dara yang suka duduk di tepi tangga. Katanya akan kahwin dengan lelaki tua.Tapi sebenarnya tak manis dipandang orang.Begitu juga dengan ibu mengandung orang dulu kalau tengok je mesti diorang akan tahu apa jantina anak.Ada yang betul ada juga yang tak. Ini ada 12 andaian orang dulu mengenai jantina anak dalam kandungan.


12 ANDAIAN ORANG DULU MENGENAI JANTINA ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Posisi perut. Jika kandungan korang memboyot ke hadapan dan kelihatan 'tajam', perut lebih 'rendah', kemungkinan anda hamil bayi lelaki. Jika perut kelihatan lebih 'bulat', lebih 'tinggi', maka kemungkinan ianya bayi perempuan.

2. Warna urine. Jarang sekali wanita melihat urinenya saat hamil, tapi ini boleh menjadi tanda khusus. Jika urine berwarna lebih gelap, maka sedang mengandung bayi lelaki.


3. Wajah dan Jerawat. Hormon semasa kehamilan memberikan peranan penting. Jika korang mudah mendapat jerawat, itu adalah petanda anda sedang mengandung bayi lelaki. Ada juga pendapat mengatakan jika muka berseri, kemungkinan hamil bayi lelaki.

4. Perut kecil. Banyak yang percaya, jika perut tidak terlalu besar saat kehamilan, maka anda hamil anak lelaki.


5. Ukuran payudara. Selama kehamilan ukuran payudara terus tumbuh membesar. Namun ketika mengandung anak lelaki, maka ukuran payudara sebelah kanan akan lebih besar daripada sebelah kiri manakala untuk anak perempuan adalah sebaliknya

6. Suhu badan. Panas tubuh wanita hamil memang berubah, dan cenderung lebih hangat. Namun jika pada kaki suhunya dingin, maka mengandung bayi lelaki.

7. Degupan jantung. Ini menjadi petunjuk yang penting. Jika degupan jantung kurang 140 degupan per minit, maka bayi adalah lelaki. Kalau lebih cepat maknanya perempuan.


8. Bulu / rambut tumbuh. Kecepatan pertumbuhan bulu dipengaruhi oleh hormon, jika kandungan korang adalah lelaki, maka pertumbuhan bulu / rambut lebih cepat, lebat dan berkilat. Jika rambut kelihatan nipis dan kering, kemungkinan ianya bayi perempuan

9. Mengidam. Wanita yang lazimya memiliki keinginan untuk makan yang masam, masin, atau yang berprotein seperti daging kecenderungan akan memiliki bayi lelaki. Kalau minat lebih kepada makanan yang manis pula kemungkinan mengandung bayi perempuan.


10. Posisi tidur. Selama kehamilan, wanita sering cepat penat. Dan jika posisi tidur sering mengiring ke kiri, maka kemungkinan sedang mengandung anak lelaki manakala bayi perempuan sebaliknya (ke kanan)

11. Tangan. Saat mengandung anak lelaki, tangan akan sering kering dan cenderung menjadi pecah-pecah, walaupun sudah memakai pelembab. manakala jika mengandung anak perempuan, kulit lebih cenderung lembab.


12. Alahan. Kebiasaannya semasa mengandung bayi lelaki, ibu tidak mengalami / kurang mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan manakala jika bayi perempuan akan mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.

So jangan la percaya bulat-bulat ye. Kalau bagi ida tak kisah la lelaki ke perempuan..terima je semua. Kalau kembar sapa tahu kan..heheh

4 comments:

Followers

social network

APDM SAPS