10 TANDA-TANDA MENGANDUNG YANG WAJIB ANDA TAHU!

Assalammualaikum..

Pasti ia merupakan berita paling menggembirakan bila dapat tahu korang mengandung. Rasa hati tu teruja dan tak sabar nak kongsikan berita ni dengan keluarga tersayang.


Bagi yang ada pengalaman mengandung sebelum ni pasti dah tahu tanda-tanda yang membuktikan korang mengandung. Kadang kala tu ada sesetengan orang tak perasan pun die mengandung. Ini nak kongsikan 10 tanda-tanda mengandung yang wajib korang tahu.

10 TANDA- TANDA MENGANDUNG

1. Mengidam


Ada yang kaitkan mengidam salah satu tanda kehamilan. Tapi tak boleh la bergantung sangat. Orang yang memang tak mengandung atau orang lain pun ada rasa nak mengidam.Contoh mengidam nak pergi naik star cruise.hehehe. Itu boleh dikatakan tanda kehamilan ke?Tak kan..huuhu.

2. Warna areola menjadi gelap


Bagi wanita yang hamil ada juga diperhatikan kulit di sekeliling puting payudara menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi


Ada juga akan mengalami pendarahan implantasi pada 8 hari selepas ovulasi iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. 

4. Kerap membuang air kecil



Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), korang akan rasa lebih kerap ke tandas.

5. Keletihan



Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan korang berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan buat kerja rumah je. Ini adalah simptom yang agak ketara bagi sesetengah ibu mengandung.

6. Payudara melembut dan membengkak


Sebelum kedatangan haid, payudara mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan.Jika mengandung korang akan rasa lebih sakit tapi bila dah selesa dengan perubahan hormom kesakitan tu akan hilang sendiri.

7. Deria rasa berubah

Masa ni kadang kala makanan kegemaran korang akan korang ketepikan. Kalau dulu suka makan durian tapi bila mengandung dah tak suka. Bau pun tak boleh. Ada tu nak bau badan suami pun tak boleh. Kesian en suami.huhuhu

8. Mabuk hamil pagi


Simptom biasa bagi wanita yang hamil. Ada juga yang tak mengalami mabuk kehamilan atau morning sickness sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. Masa ni ibu hamil akan berasa loya dan nak muntah.Selera makan juga akan mula kurang.

9. Tidak datang haid



Normal bagi ibu yang mengandung period akan datang lewat dari tarikh yang sepatutnya. Tunggu sehingga 1-2minggu, jika masih belum datang bulan. Dah confirm la tu.

10. Ujian kehamilan yang positif


Bila period pun tak datang badan pun dah rasa lain macam je. Pergi la beli upt test dan check. Double line tu dah confirm korang mengandung.Tahniah. Tapi bagi yang line nampak masih pudar tunggu lagi 1minggu mungkin kandungan masih awal lagi.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

5 comments:

  1. Bila baca entry ini teringin nak pregnant lagi..permudahkanlah ya Allah

    ReplyDelete
  2. Teringinnya nak experience sendiri pengalaman mengandung.. Huhu...
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. ada sesetengah orang memang takde langsung sistom2 mengandung kecuali takde period tapi di sebabkan diorang period jenis tak regular sampai rasa ada pergerakkan dalam perut baru tau mengandung

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS