6 TIPS IBU YANG SAKIT SEMASA BERSALIN SUPAYA LEBIH COOL

Assalammualaikum...

Bila si ibu sakit nak bersalin memang semua dah tak ingat apa dah. Masa ni la 'musuh manusia' suka kacau nak hanyutkan iman kita. Masa ni memang dah tak fikir apa dah, fikir nak cepat anak dalam perut keluar je.



Ini hanya perkongsian 6 tips ibu yang sakit semasa bersalin supaya lebih tenang nanti. Mudah-mudahan ada serba sedikit dapat membantu.


6 TIPS IBU YANG SAKIT SEMASA BERSALIN SUPAYA LEBIL COOL



1. Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun boleh. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi yunus ketika dalam perut ikan paus.
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

2. Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang agak tebal atau kerusi berkusyen.




3. Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam-dalam pastu hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Tips ni mmg sangat-sangat berguna dan akan mengurangkan sedikit rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu.




4. Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan. maksudnya dosa-dosa dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah.. besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?

5. Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi, ada yang digalakkan minum air milo atau makan telur separuh masak untuk tenaga masa nak meneran nanti. Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam-maacam.




6. Jika korang dah ada dalam labour room dan ditemani oleh suami, bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki sekejap. Masa itu kaki berasa sangat-sangat lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit kontraksi itu.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

6 comments:

  1. nampak ja ni teringat detik mama ( isteri Etuza ) melahirkan anak tak duduk lena lah Etuza hehehe

    ReplyDelete
  2. Teringat masa bersalin kedua-dua anak sya...memang tak pernah kan lupa rasa bersalin tu....subhanallah ....

    ReplyDelete
  3. Info yg bermanfaat. Tq for sharing. Jemput singgah

    http://mamaolin.blogspot.my

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS