5 SEBAB IBU HAMIL BOLEH MENYUSUKAN ANAK,SAPA KATA TAK BOLEH

Assalammualaikum...

Ramai ibu yang tak dapat pengalaman menyusukan anak semasa hamil. Kalau orang tua tak bagi katanya nanti anak akan cacat la pe la. Takut si ibu dan anak tak dapat nutrisi yang secukupnya.



Ida sendiri ada pengalaman menyusukan anak semasa hamil. Sampaikan masa sakit kontrasi nak bersalin sebelum ke hospital masih susukan anak. Penat? Oh ni semua sebab kekuatan mental dan fizikal. Selagi korang takde masalah kandungan boleh teruskan penyusuan. Kalau ada yang tak menyokong korang pekakkan telinga selagi tak memudaratkan korang dan anak dalam kandungan boleh je teruskan penyusuan. Ini skit panduan 5 sebab ibu hamil boleh menyusukan anak. 


5 SEBAB IBU HAMIL BOLEH MENYUSUKAN ANAK


1. Dapatkan maklumat 



Susu ibu bukan sumber tenaga utama bagi bayi yang berusia enam bulan ke atas lagi. Ini kerana bayi sudah mula makan dan memperoleh khasiat yang diperlukan daripada makanan lain selain daripada susu ibu. 
Selain dari itu penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan risiko keguguran.
Sebab itu Ida tak risau sebabnya selera makan Asyraf memang baik sangat malah masa Ida mengandungkan Aqil umur Asyraf dah 1 tahun 8 bulan.

2. Puting sakit




Memang normal sekiranya ibu hamil mengalami ketidakselesaan pada bahagian puting setiap kali menyusukan bayi. Ini kerana puting menjadi lebih lembut dan membesar semasa hamil sebagai persediaan menyusukan bayi dalam kandungan nanti.

3. Posisi yang selesa




Akibat pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan diri dengan beberapa jenis posisi penyusuan mengikut keselesaan. Masa ni Ida masih menyusukan anak dalam keadaan duduk tapi anak-anak lebih suka dalam keadaan baring dan mengiring. Ida pun boleh rehatkan badan sekali.Paling best kitorang sekali tidur.hehehe

4. Nikmati saat indah




Tangan si kecil yang meraba bahagian tubuh anda semasa menyusu ada antara saat indah sepanjang penyusuan. Walaupun sedang menyusu, berbuallah dengan anak. Asyraf masa ni dah pandai nak sayang adik die dalam perut. Ida taknak ajar die kata kawan dalam perut tapi biarlah die tahu sendiri upaya dapat kurangkan jealous nanti. Alhamdullillah..Aqil dah keluar die faham sendiri kita pun kena bahagikan kasih sayang sama rata.

5. Tanam azam




Penyusuan anak sedia ada ketika hamil adalah selamat! Walau[un anak sudah dilahirkan boleh teruskan penyusuan untuk abang atau kakanya. Itu namanya tandem nursing. Tapi masa Ida selepas Aqil keluar die sendiri dah taknak susu badan sebabnya masa tu dah umur 2 tahun lebih pun. 


Sebaiknya nasihat Ida tanamkan axam nak susukan anak sehingga 2tahun masa korang mengandung lagi. Jangan fikirkan nanti susu takde, susu kurang. Insyaallah pasti ada. Tapi tak semua yang bernasib baik apa-apa kita cuba sedaya upaya dulu k...Tandem nursing bagus kerana ia membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu.

Nak tahu pengalaman Ida susukan anak semasa hamil,boleh baca di sini 



Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

1 Comments

  1. Tak pernah alami menyusukan baby semasa hamil. Alhamdulillah kedua anak sy boleh menyusu badan dengan sempurna.

    ReplyDelete