5 RAHSIA ELAK MUKA BERKEDUT DI USIA MUDA,OH GARIS HALUS!

Assalammualaikum...

Kita ni mana la boleh orang tegur skit. Kalau sekali sekala takpelah juga. Ni asal jumpa je habis ditegur nya, kalau dalam masa sehari asyik dok cakap benda yang sama je. Kita pun rasa malu kan.



" Eh berkedutnya muka ko"
"Tengok bawah mata tu...penuh kedut"

Sapa la boleh tahan kan kalau kawan-kawan asyik tegur sedangkan usia masih awal 30-an lagi tapi dah berkedut uka tu. Ini ada 5 rahsia elak muka berkedut di usia muda.


5 RAHSIA ELAK MUKA BERKEDUT DI USIA MUDA

1. Pastikan kualiti bantal



Menurut fisioterapi dan pakar tidur, Sammy Margo, sarung bantal dari bahan sutera sangat bagus. Bukan hanya mengurangkan garis-garis di wajah ketika bangun tidur. Malah membuatkan kepala rasa selesa selama tidur, yang mana merangsang hormon melatonin dan secara tidak langsung memperbaiki kualiti tidur korang. Tidur yang cukup dan berkualiti akan membuatkan organ-organ dan kulit lebih segar.

2. Puasa




Kalau kita berpuasa, ini mengaktifkan sel pelindung mekanisme dalam tubuh yang mampu tolak 'dunia penuaan' ke tepi. Tetapi kalau tidak biasa berpuasa, korang akan melewatkan waktu makan terutamanya sarapan atau makan malam. Setidaknya satu hingga dua kali dalam satu minggu. 

Target adalah melalui 16 jam tanpa makan. Strategi yang lebih baik, makan malam pada pukul 4 kemudian sarapan pada pukul 8 pagi keesokan hari pada yang tak berpuasa. Bukan hanya memperbaiki sistem metabolisme tubuh, cara ini juga boleh menurunkan berat badan. Bagus, bukan?

3. Kurangkan duduk




Bukanlah kena berdiri 24 jam tetapi jangan duduk lebih dari 30 minit tanpa pergerakan lain. Sebenarnya orang yang asyik duduk lebih cepat tua sebab sistem metaboliesma dia tersekat sewaktu badan tak bergerak.

4. Tengok cerita lawak




Sekali tengok cerita lawak mesti anda ketawa spontan. Jangan kontrol sebab ketawa mampu mengurangkan hormon stres serta menambahkan sistem kekebalan yang menjadikan tubuh lebih efektif. Semakin tua, kemampuan seseorang untuk tertawa semakin kurang. Merujuk satu fakta, bayi mampu tertawa 300 kali setiap hari, sedangkan orang dewasa hanya 17 kali. Wow, patutlah bayi nampak comel dan muda. 

Rasa bosan-bosan sekali sekala layan citer kartun dengan anak-anak. Ida suka layan citer Running Man, kalau tak sempat rekod je. Gelak sampai sakit perut-perut.hehehe

5. Yoga




Punyalah bagus yoga, kesannya seolah-olah anda ambil kolagen atau ubat anti penuaan. Yoga juga boleh aktifkan pembentukan sel-sel baru, lebih fokus, kuatkan memori dan jadi sangat kreatif dalam berfikir. 

Cuba buat hari ini, duduk di kerusi dengan mata tertutup dan fokus bernafas selama beberapa minit.



Testimoni Vivix Shaklee






Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

4 Comments

  1. hahahaha akak suka tengok cerita seram kena tukar tengok cerita seram komedi pulak la. tips sarung bantal sutera tu.. macam best. ok tukar sarung bantal hahaha

    ReplyDelete