BAIK KE BURUK SEDUT VAPE?

Assalammualaikum...

Zaman sekarang semakin lama semakin canggih. Dari dulu sampai sekarang kempen berhenti merokok setiap hari akan diadakan tapi masih ramai yang tak berhenti merokok. Ada yang terbaru tentang rokok vape atau vapor.




2 hari lepas Ida ada share kan mesej ni dalam wall dan ramai la wanita-wanita yang share dan tag pada kawan-kawan atau suami diorang. Dan ramai yang komen psal mesej ni.





Ada yang kata dah buat research la tak bahaya la..pandai-pandai keluar startment la.Tipu la dan sebagainya.

Ok ni pada pendapat Ida ye...kalau betul la mesej ni tipu biarkan tapi kita fikir pada sudut yang lain.

Kalau betul nak berhenti merokok,niat yang penting. Fikir untuk siapa korang nak berhenti merokok. Vape ni tak penting pun. Ni ada yang dah berhenti merokok tapi hisap vape. Yang tak merokok pun sama tiba-tiba nak hisap vape.

Katanya sama macam hisap shisha. Yelah ada macam-macam perisa kan. Shisha yelah bukan hari-hari pun hisap kan. Kalau vape ni macam rokok jugak. Ada dalam poket. Rasa bosan bawa keluar dan sedut


Walaupun kandungan dalam die tak sama macam rokok tapi masih ada nikotin. Ramai yang cakap diorang dah berhenti merokok sebab vape ni. Ok itu mungkin satu kebaikan.

Tapi fikir ye..rokok korang akan berhenti hisap bila dah sampai ke hujungnya..tapi vape ni bertahan selama mana bateri die bertahan. So dalam sehari ntah berapa lama korang akan sedut.

Lagi Ida terkejut bila dapat tahu budak darjah 1 dah ada vape sendiri, katanya beli di supermarket. Dah nampak keburukan di situ. Ya Allah..tak tahu nak cakap apa,apa rasa mak die kalau dapat tahu. Ayah tahu pula nak marah kalau tahu anak hisap rokok, tapi ayah sendiri hisap rokok depan anak-anak. Pastu nak salahkan anak plak. Selain dari pengaruh luar,pengaruh dari dalam rumah paling dekat dengan anak-anak.

Kalau hisap rokok kita dapat bau 1 badan walaupun kat baju, bau die melekat. Tapi kalau hisap vape..bau die tak melekat.

Ida ada baca psal rokok elektrik dalam blog Dr.Zubaidi..korang boleh klik kat sini

Ini hanya pendapat Ida..apa-apa pun fikirkan tentang keluarga dan orang yang tersayang.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.

Post a Comment

4 Comments

  1. pada aida, nak stop merokok. stop dgn serius.
    jgn ganti dgn apa pun jenis hisap.

    ReplyDelete
  2. Dah tau benda tu mudarat...tapi ramaiii jugak yg suka...tak paham betul!

    ReplyDelete
  3. Suami saya sudah berhenti rokok 3 tahun lepas (Sebelum kahwin) Alhamdulillah.
    Namun atas faktor terpengaruh dengan kawan-kawan sekerja, dia start menggunakan vape.Dia sudah membeli vape dan membeli perasa vape ni. dan mungkin terus menerus akan menggunakan vape ni. Saya Nampak vape dan perasa, saya juga Nampak gambar dia menghisap vape dari dalam phone dia..

    Kecewanya saya..
    Aku menangis sepuasnya masa tahu dia beli vape.
    Namun dia sudah meminta maaf tapi still tak tinggalkan vape.

    Terasa malu dengan family. Saya ada 6 adik beradik lelaki dan sorang ayah. Semuanya tak merokok dan tak menggunakan vape..Mereka juga merasakan merokok/vape adalah membazir.

    Bila saya menyatakan perasaan saya yang tak suka jika dia merokok, semua kawan-kawan sekerja dia memerli saya. cakap saya kolot dan tak open minded dengan vape. mereka semua sudah memandang sinis terhadap saya. Tapi saya tak kisah, bukannya mereka yang memberi saya makan selama ni.

    Namun saya terasa malu, dengan sikap suami.
    Dengan kewangan yang tak stabil, dia boleh berfikir nak jadikan vape sebagai aktiviti dia. Sedangkan saya bertungkus lumus berjimat cermat sebab nak menyimpan untuk hari tua memandangkan kami pun belum lagi dikurniakan anak.
    Saya merasakan dia tak layak menggunakan vape jika tak mampu menyediakan keperluan untuk keselesaan isteri.

    Setiap hari doakan dia agar berubah.
    Mungkin masalah vape kecik pada pandangan mata orang.
    Namun sebenarnya ia mampu mengugat rumahtangga.
    Percayalah.

    Maaf. Saya cuma kongsikan apa yang seorang wanita rasa. Agar lelaki di luar sana faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kongsikan luahan akk..sy fhm sbb sy pun alami nya..hope kita sama2 bersabar...

      Delete