Sapa yang tak pernah makan timun kan? Sedap walaupun makan mentah macam tu je. Masakan apa yang selalu korang guna kan timun dalam lauk korang?
Yes..nasi lemak. Selain tu letak dalam asam pedas atau masak cuka pun sedap. Rasa rangup gitu. Sini hanya Ida nak kongsikan 6 khasiat timun yang bagus untuk kesihatan korang yang mesti korang tak sangka.
6 KHASIAT TIMUN UNTUK KESIHATAN
1. Diet Harian
Entry sebelum ni Ida ada bagi tips yang makan timun membantu untuk turunkan berat badan. Yup memang tepat sekali. Timun bagus untuk menurunkan berat badan kerana kandungan kalorinya rendah tetapi tinggi kandungan air.
Amalan memakan timun juga membantu mengatasi sembelit.
Kajian mendapati sesetengah sebatian dipanggil sterol kolestrol di dalam timun timun membantu mengurangkan paras kolestrol.
2. Rambut
Timun membantu menggalakkkan pertumbuhan rambut yang sihat kerana ia mengandungi silikon dan sulfur. Bagi yang ada masalah keguguran rambut boleh mula amalkan makan timun ni dari sekarang.
3. Gusi dan Gigi
Jus timun juga sangat bagus untuk korang yang ada masalah gigi dan gusi kerana timun merupakan sumber serat yang baik.
4. Mata
Kalau korang rasa mata letih dan bengkak, tekapkan hirisan timun dekat mata. Timun mempunyai sifat anti-inflamasi dan membantu mengurangkan bengkak tersebut.
5. Sistem Penghadaman
Jus timun segar membantu mengurangkan masalah ulser keasidan, pedih ulu hati dan gastrik. Kandungan air yang tinggi dan serat makanan dalam timun membantu mengurangkan toksin dari sistem penghadaman.
6. Kulit
Kandungan air yang tinggi, vitamin A, B, C dan mineral tertentu seperti magnesium, kalium, serta silika menjadikan timun bagus untuk kulit.
Masker yang dihasilkan daripada timun boleh digunakan untuk mengatasi masalah ketegangan kulit.
Kulit timun membanti memberi kelegaan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Asid askorbik dan asid caffeic dalam timun membantu mengurangkan keadaan bengkak di bawah mata.
SEMOGA MEMBERI MANFAAT!
7 Comments
boleh la lepas ni kalau timun tak habis jadi barnagn kesihatan. haha
ReplyDeletehehe...rugi je kalau nk buang sedangkan bgus utk diet
Deletebagus nih..dulu-dulu akak rajin la letak timun dekat mata sekarang dah jarang buat,kena mulakan balik ni sebab mata pun sellau je letih
ReplyDeletekan..ida dh jrng buat..
DeleteAlrihght moral of the story after read your post is "Jangan tinggalkan timun di dalam bungkusan nasi lemak sebelum mebuangnya ke tong sampah " hehe . Thanks for sharing mummysupplementshop . This informations really worth it . Thumbs up :D
ReplyDeleteyup betul tu.hehehhe
DeleteBanyak juga khasiat timun yer...
ReplyDelete