URI DI BAWAH TANDA KELAHIRAN BAYI PRAMATANG

Assalammualaikum...

Plasenta previa atau lebih dikenali dengan uri di bawah merupakan salah satu komplikasi yang berlaku bagi wanita hamil. Di mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi keseluruhan serviks atau pembukaan rahim.




Jarang nak berlaku pada kaum ibu hamil ni. Dalam anggaran 1000 wanita hamil hanya 3-6 orang sahaja yang akan mengalaminya. Of couse pendarahan semasa hamil salah satu simptomnya. 

4 JENIS KEADAAN URI DI BAWAH

I- plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.

II -bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina.

III -plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

IV- plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.

Keadaan ini bayi tidak boleh dilahirkan secara normal. Ini menyebabkan anak dilahirkan pramatang.

7 TANDA-TANDA KELAHIRAN PRAMATANG


1. Berlaku kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalam masa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam).
2. Lelehan air dari vagina (ini mungkin menunjukkan air ketuban anda telah pecah).
3. Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.
4. Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.
5. Tekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.
6. Kekejangan di bahagian abdomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit birit.
7. Peningkatan atau perubahan keputihan vagina.


Bila ada tanda-tanda macamni korang boleh :

1. Kosongkan pundi kencing.
2. Berbaring mengiring pada sebelah kiri, ia mungkin boleh memperlahankan atau menghentikan tanda dan simptom.
3. Elakkan baring telentang kerana ia mungkin menyebabkan kontraksi meningkat.
4. Minum banyak air kerana penyahhidratan menyebabkan kontraksi.
5. Awasi kontraksi dalam masa satu jam dengan mengira setiap minit yang berlalu daripada permulaan kontraksi hingga permulaan kontraksi seterusnya.


rujukan:PAma


Post a Comment

5 Comments

  1. Tq for this info. Cx skrg low lying previa. Risau. Esok g o&g scan tgk naik ke tak. Hopefully everything okay.

    ReplyDelete
  2. sama macam kakak sally ni...doc kata kena ceaser jugak..hmm

    ReplyDelete
  3. Nice sharing.. Ada anak sedara sorg.. Lahir pramatang..

    ReplyDelete
  4. Hari tu dah week ke 32 kot, placenta still dekat bawah. Tapi alhamdullilah tiba-tiba je dah berubah. Pelik jugak. Tapi semua selamat :D

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik. Wife saya antara salah seorang yang merasainya

    ReplyDelete