RESEPI BISKUT BUTTER COOKIES YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Semalam Ida ada buat sedikit biskut butter cookies yang Ida rujuk resepiya di sini. So Ida dah try buat skit jelah dapatnya sebab nak cuba je. Buat pun sebab si Asyraf la yang asyik sebut nak makan cookies...cookies. So Ida buat la biskut simple untuk dia. Ni Ida kongsikan Resepi Biskut Butter Cookies yang mudah.

RESEPI BISKUT BUTTER COOKIES


Bahan-bahan
  • 1/2 buttercup
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan tepung gandum (Ida lebihkan skit)
  • 2 sudu besar tepung jagung
*kalau ikut sukatan ini memang dapat skit je so Ida gandakan triple sebab nak buat banyak. Semalam buat dah habis Asyraf asyik mintak nak makan je..huhuhuh

CARA-CARANYA:

1. Korang pukul buttercup dengan gula tu sampai kembang. Nampak cam warna putih skit. Pastu masukkan esen vanilla tadi.

2. Pastu korang masukkkan tepung gandum dengan baking powder gaul sampai sebati dan masukkan tepung jagung.

3. Gaul sampai sebati dan sekata

4. Dah siap untuk dibentukkan. Adunan memang agak lembik so Ida guna sudu je buat bentuk bulat-bulat kecil. Jangan besar tau sebab ia akan mengembang. Sapa ada piping beg boleh guna k...

5. Hiaskan dengan coklat cip ke apa ke. Yang semalam Ida buat,coklat cip Ida gaulkan je sekali dalam adunan tu.

6. Bakar dalam oven dalam suhu 160'c selama 15minit. 

7. Nampak garing-garing tu dah siaplah.



ni bukan hangit ye. En suami yang suruh wat garing skit. Nampak tak besar mana biskutnye. So korang nak buat tu,kecik-kecik je. Ni nak buat makan je. Malu nak tunjuk bagi orang makan.hahahah


SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

3 Comments

  1. menarik nyer...
    sgt best kalu dpt buat kuih dgn anak2 dara aida ni :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. Memang simple je nmpk resepi tu. Bolehlah buat sebagai aktiviti baking sama2 dgn anan2 nanti

    ReplyDelete