CARA SOLAT SUNAT HARI RAYA

Assalammualaikum...

Harini merupakan hari terakhir kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan segala amalan yang kita buat sepanjang bulan ni memberi keberkatan kepada kita.Insyaallah. Esok akan tiba la bulan Syawal dengan penuh lebaran. 





Hari ini hanya sedikit perkongsian tentang cara solat sunat hari raya. Ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang masih belum tahu.

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA


Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى


NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA

“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.




Antara sunat2 hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :

- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya


Cara solat sunat hari raya



Doa Iftitah dalam bacaan rumi. (Doa iftitah akan dibaca dulu, kemudian dikuti takbir 7 kali dan al-fatihah )



Rakaat Pertama
  • Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati
  • Membaca doa iftitah
  • Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  • Membaca surah al- Fatihah
  • Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat kedua
  • Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua)
  • Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )
  • Membaca surah al-Fatihah
  • Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
  • Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
  • Memberi salam
  • Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR






rujukan: http://www.mysumber.com/

SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT.!

Post a Comment

1 Comments