8 TIPS MUDAH MEMASAK DENGAN CEPAT

3:07:00 PM

Assalammualaikum..


Setiap hari mesti para ibu kan pening "Apa la aku nak masak hari ini untuk keluarga". Tambah pening bagi ibu yang bekerja.

Ini ada 8 tips mudah memasak dengan cepat yang para ibu boleh pratik kan.

 

8 TIPS MUDAH MEMASAK DENGAN CEPAT

1. Rancang menu seminggu


Setiap hujung minggu sediakan pen dan kertas dan tulis apa korang nak masak dalam masa 1 minggu. Tuliskan bahan-bahan yang diperlukan dan mula keluar beli barang-barang selama 1 minngu tu.

2. Pembungkusan lauk pauk mentah


Bila beli ayam,korang potong kecil-kecil dan simpan dalam kontainer atau bekas yang berlainan. So takde la bila nak masak je keluarkan seekor ayam tu. Sebelum esoknya atau sebekum pergi kerja dah keluarkan siap-siap ayam yang beku tu dari peti ais. So takde la balik nanti nak tunggu pula ayam nak lembut.

3. Kisar bawang dan cili


Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. 

4. Gunakan gunting bukan pisau


Jarang orang nak gunakan gunting masa memasak tapi sebenarnya guna gunting lebih cepat dan menjimatkan masa untuk potong sayur sawi dan sebagainya.

5. Sejuk bekukan lebihan lauk

Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Korang simpan dalam peti dingin beku dan esok panaskan je makanan tu.

6.Masak satu lauk yang lengkap

Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.


7. Ulam-ulaman pengganti sayur

Kadang-kala bila dah masak 1 masakan dah malas nak masak benda lain terutamanya sayur. Apa kata ganti dengan salad atau ulam-ulaman. Malah lebih mudah cepat selain tetap berkhasiat.

8. Dari dapur terus ke meja




Kalau rasa malas sangat nak letak dalam mangkuk lain. Letak terus periuk tahan panas tu atas meja.hehhehe. Jangan letak kuali hangit korang pula..hahahah

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

You Might Also Like

2 comments

  1. Zumal pun selalu guna gunting bila nak potong daun bawang, daun saderi atau sayur tertentu...

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)