7 TIPS UNTUK DAPAT ANAK PEREMPUAN,ASYIK BOBOIBOY JE

Assalammualaikum...

Sapa la taknak dapat anak kan? Kalau dah 3-4 orang anak lelaki mesti la nak anak perempuan juga kan. Selain berdoa pada-Nya tak salah kalau nak cuba cara lain asalkan tak bercanggah dengan syariat Islam.


Bagi Ida tak kisah lelaki ke perempuan asalkan dapat anak sihat dan cukup sempurna sifatnya. Tapi biasa la mesti ada yang bunyi. "Kena beranak lagi la nak dapatkan anak perempuan pula". Sapa pernah kena sila terasa..heheheh


Secara ringkasnya :

Sperma X : Gerakannnya lambat, namun masa hidupnya lebih panjang dan tahan lama.

Sperma Y: Gerakannya cepat, mudah rosak dalam kawasan berasid dan masa hidupnya lebih pendek.

7 TIPS UNTUK DAPAT ANAK PEREMPUAN

1. Tentukan waktu hubungan intim


Pastikan korang 'bersama 2 atau 3 hari sebelum waktu subur. Jangan selepas sebabnya sehingga saat ovulasi, sperma Y sudah mati dan hanya sperma X yang akan membuahi sel telur.

2. Sediakan perlindungan


Selepas dah bersama tu disarankan untuk elak dari memakai kondom untuk 'bersama' pula nanti.Ini kerana akan mengganggu perjalanan sperma X untuk melekat pada telur.

3. Jangan terlalu dalam

Suami jangan melakukan tusukan terlalu dalam ketika melakukan hubungan intim dengan isteri kerana sifat sperma X yang lambat tetapi tahan lama, maka perjalanan sperma yang tidak terlalu cepat akan menguntungkan sperma X kerana sperma Y sudah terlebih dahulu mati sebelum mencapai destinasi.

4. Mengatur waktu orgasma

Jika anda menginginkan anak perempuan, suami boleh mencapai orgasma terlebih dahulu sebelum isteri, sehingga keadaan vagina yang masih berasid diharapkan boleh mematikan sperma Y sebelum sampai ke sel telur, dan hanya sperma X yang akan berjaya menembusi sel telur.


5. Posisi yang disarankan

Kajian menyarankan jika pasangan mahu anak perempuan, posisi ketika melakukan hubungan intim yang disarankan adalah berhadapan atau wanita di atas.
6. Elakkan menggunakan pelincir bantuan

Lakukan ‘foreplay’ yang cukup untuk mengeluarkan cairan di vagina isteri berbanding menggunakan pelincir buatan.

7. Faktor pemakanan



Bagi isteri digalakkan untuk memperbanyakan pengambilan makanan kaya dengan kalsium serta magnesium kerana kedua khasiat tersebut dipercayai dapat menarik sperma X. Sumber kalsium dan magnesium boleh diperoleh daripada susu, sayuran seperti lobak merah, terung, bawang, timun serta buah-buahan seperti epal, pear dan strawberi. 

Elakkan makanan mengandungi kadar sodium, kalium dan potassium tinggi seperti pisang, zaitun, ikan salmon, udang, kentang, daging.

rujukan:Pama

Semoga info ini dapat membantu para suami isteri untuk dapatkan anak perempuan :)

Boleh juga amalkan doa ni'

Post a Comment

3 Comments

  1. selamat petang..kalau nak shopping raya jangan lupa singgah blog syira lokman..banyak promosi tauuu ! :D

    ReplyDelete
  2. nice sharing ... nanti share tips anak kembar lak yer :)

    ReplyDelete