7 ADAB DI HARI RAYA

Assalammualaikum...

Sekejap je 1 bulan telah berlalu kita menyambut Ramadhan. Dan bertemu kita dengan bula Syawal. Adik beradik semuanya berkumpul bersama pada bulan ni.Hanya perkongsian dan peringatan 7 adab di hari raya yang mungkin kadang kala kita akan terlupa.

7 ADAB DI HARI RAYA

1) Sentuhan 

Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita kadang kala kita main terjah je tak tahu pangkat die. Senang cara nak elakkan salam dengan muhrim je. Yang bukan muhrim jangan salam.

2) Aurat & Ipar 

Ni terjadi kalau adi beradik ramai yang berkumpul masa haru raya. Aurat pun mesti jaga masa ni. Sebaiknya walaupun ada yang muhrim kat dalam rumah sentiasa tutup aurat seperti biasa.

3) Wangian Wanita



Nak pakai wangian tu boleh tapi jangan la sampai melampau sangat. Ni sampai orang bau pun nak pengsan.Makeup pun biarla sederhana je. Janganla ter'over' sangat

4) Pakaian Wanita 

Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur 



Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat 

Jangan fikir sibuk beraya sini sampai lupa waktu solat.

7) Dosa Bertempoh 

Ni selalunya ber'couple' la. Masa bulan Ramadhan dah stop berdating berdua-duaan. Masa hari raya jadi balik tabiat lama. Jangan jadikan bulan Syawal bulam maksiat pula. Ada yang berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

SELAMAT HARI RAYA!

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS