Mesti ramai ibu-ibu yang pening kan nak tidurkan anak waktu siang.Kemain susah lagi diorang nak tidur. Ibu-ibu pula perlukan sedikit masa nak rehat pada waktu siang. Dengan anak kecik lagi. Yang si abang plak kemain aktif lagi bermain.
Anak-anak ni bila die mengantuk tapi taknak tidur mesti nak meragam dan menangis. Anak-anak Ida mesti tidur waktu siang walaupun sekejap je kalau tak mula la meragam.Ada je benda tak kena.
4 TIPS TIDURKAN BAYI WAKTU SIANG
1.Tidurkan bayi di tempat yang samaAjar diorang tidur di tempat yang sama. Contoh bilik tidur la sama macam diorang tidur pada waktu malam. Ni ada kadang-kadang ibu bapa biar je anak tertidur kat ruang tamu pada waktu siang.
2.Tetapkan rutin
3.Tidurkan bayi apabila dia letih
Ada setengah ibu bapa suka biarkan anak letih baru nak tidurkan. Jangan la tunggu sampai die merengek dan meragam. Kesian kat anak-anak. Biar diorang tidur dalam keadaan yang kenyang dan selesa. Kalau Ida sebelum tidur memang akan mandikan skit. Maksudnya biar basahkan skit badan untuk rasa segar tak kira malam atau siang.
4.Masa bertenang
Biarlah setiap hari ada masa anak-anak akan rasa tenang je. Contoh bacakan buku cerita atau berzikir sebelum tidur. Mesti diorang akan faham "Oh ni masa untuk tidur". Kena la latih setiap hari supaya diorang faham.
Anak-anak juga perlukan waktu rehat waktu siang seperti ibu bapa jugak. Walaupun anak akan cakap taknak tidur tapi sebenarnya diorang letih. Tak caya,bawalah anak masuk untuk tidurkan die..tepuk-tepuk badan dan zikir. Confirm die akan tidur.
Bagi anak-anak yang susah tidur awal pada waktu malam pula Ida pernah kongsikan tips ni dulu berdasarkan pengalaman Ida. Boleh klik di sini
SEMOGA INI MEMBERI MANFAAT!
3 Comments
Nice info . itulah anak saudara ada jugak meragam malam takmau tidoq ni , siang2 ligat betul main. boleh share dengan mak dia . ni .Tq
ReplyDeleteBudak- budak kalau tak tidur siang , mmg akan meragam. Nak keluar jalan-jalan kena pasti kan diorg tidur dahulu.
ReplyDeletetq atas tips.
ReplyDeleteanak-anak memang sebaiknya diajar untuk tidur siang. preferable tengahari.
banyakkan aktiviti dengannya & beri anak susu antara yang saya amalkan untuk Auni.
Didik Anak Pandai Baca