4 TIPS DAPATKAN ANAK LELAKI,DAH ADA GIRL NAK BOY JUGAK

Assalammualaikum....

Bila dah ada anak perempuan mestilah nak anak lelaki juga. Soalan dan perkara yang normal masyarakat akan tanya. Mana la mulut orang nak terlepas dari semua ni kan. Macam orang dah kahwin juga, mesti akan tanya bila nak ada anak. Bila dah ada anak,mesti tanya bila nak tambah.




Secara saintifiknya si suami akan membawa kromosom X dan Y manakala isteri hanya ada kromosom X. So bila bercantum kromosom XY untuk anak lelaki dan kromosom XX untuk anak perempuan. Ini ada 4 tips untuk dapatkan anak lelaki.


4 TIPS DAPATKAN ANAK LELAKI

1. Waktu subur isteri



Sperma boleh bergerak dengan pantas tetapi mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu boleh hidup selama 24jam sahaja. Suami isteri yang nak anak lelaki jangan 'bersama' dalam masa 1 minggu sebelum waktu subur isteri. Biar 'bersama' pada hari yang hampir dengannya. Ini kerana nak kekalkan jumlah sperma yang banyak pada masa ni.

2. Teknik 'bersama'

Teknik yang berkesan adalah dengan teknik 'doggie style' ini kerana penis si suami mempunyai jarak yang lebih dekat dengan servik dan lebih mudah sperma nak masuk ke dalam ovum. Waktu 'bersama' paling sesuai pada waktu malam.

3. Pemakanan


Makan makanan seperti daging mentah,seafood,kekacang seperi kacang hijau,hazelnut dan almond. Ada yang kata makan makanan ringan seperti keropok masin. Tapi Ida tak galakkan makan dengan banyak untuk dapatkan kehamilan yang lebih sihat.

Si suami dicadangkan untuk minum kafein 1 jam sebelum sebelum 'bersama' untuk rangsangan sperma Y lebih aktif.

4. Tahap kepuasan isteri dicapai dahulu



Peluang untuk anak lelaki lebih tinggi apabila kepuasan isteri didahulukan sebabnya masa ni tahap kealkalian cecair isteri lebih tinggi dan kecenderungan sperma Y untuk bergerak ke ovum akan lebih mudah dan cepat.

rujukan: bayi-ibu.com

Ini hanyalah kajian yang telah dibuat dan tiada jaminan 100% betul-betul berkesan. Semuanya telah ditentukan oleh-Nya. Tak kisah anak lelaki atau perempuan, jagala anak-anak syurga ni sebaik-baiknya.

Selain itu boleh amalkan doa ni



Bagi yang nak tips dapatkan anak perempuan boleh klik di sini

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!


Post a Comment

0 Comments