4 TAHAP PERKEMBANGAN MENULIS ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Ibu bapa sentiasa risau bagaimana perkembangan anak-anak sama ada mengikut aras yang sepatutya. Salah satunya adalah perkembangan menulis anak-anak.



Menulis adalah satu proses yang kompleks dalam meluahkan perkataan melalui genggaman pensil, pembentukan huruf dan postur badan. Kecekapan menulis memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran termasuk penglihatan, koordinasi tangan dan mata, lengan, tangan, ingatan, postur dan kawalan badan.

4 TAHAP PERKEMBANGAN MENULIS ANAK-ANAK

1. 10-12bulan


Tahap ni masih kecik lagi baru nak belajar diorang selalunya akan menggunakan keseluruhan genggaman tangan untuk menconteng. Time ni la mula nak conteng habis dinding-dinding kat rumah tu. Mak ayah sila sabar k..hehehheh

2. 2-3 tahun

Tahap ni die dah pandai skit nak buat garisan melintang,menegak dan bulatan. Tahap ni die dah mula pandai memegang pensel diantara hujung ibu jari, telunjuk dan jari tengah.

3. 4-5 tahun


Tulis huruf-huruf atau bentuk-bentuk lain dan mungkin ada yang dah pandai tulis nama sendiri. Asyraf belum pandai tulis nama lagi. Die pandai tulis huruf "A" je..heheh..xpe belajar slow-slow.

4. 5-6 tahun


Anak-anak pada umur begini dah pandai tulis nama sendiri,bentuk-bentuk atau lukisan lain. Dan ada juga dah pandai tulis huruf besar dan kecil Kebanyakkan umur ni dah mula sekolah tadika kan.So dah pandai la...

Tak ramai juga anak-anak yang perkembangannya sama dengan aras umurnya. Ada juga bermasalah tapi kita tak tahu. So kalau anak-anak ada masalah perkembangan menulis boleh tengok keadaan diorang jika :


  • genggaman pensel dan kedudukan badan yang nampak janggal
  • tulisan tangan yang tidak boleh dibaca, saiz huruf yang berbeza-beza
  • kesukaran membentuk huruf
  • ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan tugasan penulisan
  • mengelak dari aktiviti menulis atau melukis
  • banyak perkataan salah dieja
  • huruf atau kata-kata yang tidak mengikut turutan yang betul
  • meletakkan perkataan di tempat yang salah
  • jarak antara huruf tidak sekata
  • jurang yang besar antara bahasa pertuturan dan kebolehan menulis
  • sangat lambat dan sukar untuk menulis
  • perkataan atau ayat tidak diselesaikan


So kalau nak bagi perkembangan menulis anak-anak menjadi semakin baik mestilah memerlukan latihan kan. 


Cadangan Ida apa kata diorang luangkan masa dalam 15 minit pun ok la dari takde masa langsung kan. Ajak die melukis,mewarna,menulis. Yang penting korang join la sekali
Handphone tu letak tepi dulu. Berhenti kejap main whatsapp tu..huhuhuh

Ok tu je Ida nak kongsikan.

Semoga memneri manfaat!

Post a Comment

2 Comments

  1. Setiap kali masuk blog ni rase tak sabar nak dpt anak .. Btw suke baca perkembangan .. Saya selalu tengok perkembangan anak sedare saya alhamdulillah5-6 tahun sudah kenal ABC dan juga nombor ,, APetah lagi petah dlm percakapan . Haha seronok bile dengar dorg cakap ngan kite walaupon ade sedikit pelat .. Nice sharing .. Thumbs up :)

    ReplyDelete
  2. ijat da start conteng dah.
    aida biasa kan bagi dia selai a4 paper.
    ajar dia agar x conteng merata :) hi hi...
    tapi, abis juga dinding umah ni jadi mural.

    ReplyDelete