TAMAN REKREASI DAN ZOO KEMAMAN IBOK

Assalammualaikum..

Saja hujung-hujung minggu ni adik beradik suami nak ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman dekat Ibok ni. Memang dekat jelah dengan rumah Ida. Mulanya tak rasa nak pergi sebab fikir kecik je dan tak banyak binatang. Tapi tak sangka ok la jugak sebab ada taman tema dekat dalam ni. Zoo die pun boleh la tahan berbanding dengan Mini Zoo Teruntum kat Kuantan tempoh hari.heheheh.



Asyraf bila cakap je nak pergi zoo...dah tak sabar-sabar die asyik tanya je..Kitorang oergi skit lepas sembahyang Jumaat dalam pukul3 camtu la sebab die tutup pun pukul5. Tiket masuk dewasa RM7 seorang. Kanak-kanak bawah 4 tahun dan orang tua free je.

Ada kereta api bagi yang taknak jalan kaki. Die bawa je hantar ke dalam. Kami yang muda-muda ni jalan je,kebetulan mak mertua dan moyang pun nak ikut pergi zoo ni so diorang naik kereta api je.hehehhe

Ida pun kali ni tak bawa gendong atau baby carrier nak biar Aqil jalan je. Die kalau petang ok skit la nak bawa berjalan kalau pagi memang cepat ngantok.














Agak banyak jugak binatang kat zoo ni tapi masih banyak sanglar yang kosong. Dengar nye sebab projek tergendala takde bajet yang cukup. Mak mertua kata nampak binatang kat sini kelaparan sebab harimau tu mengaum kemain lagi. Dulu ada 2 ekor kata mak mertua ni dah tinggal seekor je.

Asyraf biasala..tanya die. Mesti die jawab "seronok sangat". Tu pun arini tanya lagi bila nak pergi zoo..huhu. Alhamdullillah anak-anak happy da kepenatan.



Post a Comment

0 Comments