SALAM RAMADHAN BUAR RAKAN BLOGGER

Assalammualaikum...

Alhamdullillah arini masuk la bulan yang amat dirahmati iaitu bulan Ramadhan. Dan tahun ni Ida berpuasa berlima pula...Sapa sorang lagi? Sorang lag dalam perut...hehehe...masih baru lagi tapi dah masuk 2 bulan...syukur rezeki tahun ni.


Dan bulan ni juga kali ke-2 Ida akan berpuasa dan menyusukan anak. Yup Aqil Ida tetap akan susukan walaupun Ida mengandung sama macam Asyraf dulu...so pada ikut kiraan,genap menyusukan Aqil selama 2 tahun masa kandungan Ida masuk 8bulan..xpe..insyaallah...sentiasa yakin dengan rezeki yang akan Allah S.W.T berikan..mindset yang paling penting.

Dan dalam kesempatan ni, Ida nak ucapkan pada semua rakan-rakan blogger "Salam Ramadhan"..moga dilimpahkan berlimpat kali ganda pahala kita pada tahun ni.

Bagi ibu menyusu sedikit tips dari Ida sepanjang berpuasa ni.
  • banyakkan minum air
  • jangan tinggal sahur
  • makan makanan berserat
  • teruskan menyusu atau mengepam seperti biasa
  • mindset penting
kalau perlu amik makanan tambahan atau supplement,sila amik. Kalau nak beli Shaklee boleh hubungi Ida k...hehehhe

Post a Comment

0 Comments