DOA MENGAMBIL WUDUK

Assalammualaikum...

Hanya sedikit perkongsian untuk peringatan sahaja. Entry kali ni hanya nak berkongsi doa mengambil wuduk. Mungkin ada sesetengah orang yang baru nak belajar solat dan sebagainya. Alhamdullilah dibukakan pintu taubat di kalangan mereka ni. Syukur masih ada yang ingin dekat dengan-Nya. Masih belum terlambat untuk belajar semua tu.

DOA MENGAMBIL WUDUK


Kalau masih tak tahu membaca dalam bahasa Arab. Boleh niatkan dengan bahasa melayu sahaja. Islam itu mudah.

DOA SELEPAS BERWUDUK




Bagi anak-anak cikgu akan ajar tentang berwuduk ni dan mungkin kita juga boleh ingatkan seandainya cikgu terlupa

Apakah yang patut kita doakan di dalam hati semasa membasuh setiap anggota wuduk kita?

1-Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

2-Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

3-Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.

4-Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

5-Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.

6-Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”.

7-Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

8-Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

SEMOGA MEMBERI MANFAAT..

SALAM RAMADHAN SEMUA..

Post a Comment

1 Comments

  1. saya suka membaca dengan bahasa melayunya mba :)
    ifo yang sangat bermanfaat terimakasih ..

    ReplyDelete