SELAMAT HARI IBU

1:23:00 PM

Assalammualaikum...

Sempena Hari Ibu ni Ida nak ucapkan

SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DAN BAKAL IBU


Bila bercakap tentang hari ibu ni..tentang seorang ibu. Ida sendiri tak percaya Ida merupakan ibu kepada 2 orang anak. Kalau dulu masa muda remaja la..macam la dah berumur cakap..hehehe. Suka enjoy...lepak sana sini..sembang ramai-ramai..hangout dengan kawan-kawan...tapi sekarang...

Ida dok rumah uruskan rumah dan anak-anak. Bila tengok anak-anak tido rasa nak menangis tengok anak-anak. Sebab tak percaya..dah besar dah anak aku ni..aku ni dah ada 2 orang anak.


Kadang-kala rasa bangga dengan diri sendiri. Mana tak nya dengan tangan ni la Ida uruskan anak-anak,bisnes dan rumah. Tangan ni juga la bagi diorang makan.masak untuk diorang. Walau rasa penat dan kadang-kala mengeluh tapi kita tetap akan rasa puas hati kan?

Walaupun badan ni rasa tak larat,tak sakit even masa jatuh sakit demam selsema ke..badan ni masih gagah nak uruskan dan layan anak-anak.

Bagi ibu-ibu yang berkerjaya mahupun yang bekerja di rumah atau tak bekerja...Ida bangga dengan korang dan Ida ucapkan syabas!!

Untuk bakal-bakal Ibu..jangan risau nak uruskan semua ni..percayala..kita akan berpuas hati..

SELAMAT HARI IBU!!

You Might Also Like

2 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)