6 KEBAIKAN CAMPURAN MADU DAN KULIT KAYU MANIS

Assalammualaikum..

Bila bercakap tentang kebaikan madu dan kulit kayu manis memang banyak khasiatnya kan. Mahupun dari segi kecantikan kulit ataupun kesihatan dalaman. Bagaimana pula jika dicampurkan kedua-duanya sekali?


6 KEBAIKAN CAMPURAN MADU DAN KULIT KAYU MANIS

1. Merawat jerawat di muka.

Ni korang buat sebelum tidur dengan campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis(serbuk la) dan tempek kat muka. Esok korang basuh dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 1 minggu.


2. Masalah keguguran rambut

Campurkan sesudu madu dan sesudu serbuk kayu manis. Sapukan pada kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Insyallah hasilnya rambut lebih kuat, bersinar dan berkilau.

3. Masalah penghadaman

Untuk melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh badan, ambil campuran dua sudu madu asli dan serbuk kayu manis.

4. Sistem imunisasi


Ini kerana madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi. So amalkan pengambilan campuran ni setiap hari untuk tingkatkan daya imunisasi badan korang.

5. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan satu sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.


6. Masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil dua sudu makan madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan sementara untuk wanita pula ambil ½ sudu makan serbuk kayu manis dicampurkan dalam satu sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.

1 comment:

  1. Assalamualaikum, salam blogwalking, jom join contest pertama ain

    http://ainsyaa96.blogspot.com/2015/05/assalamualaikum.html

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS