SUKANYA ASYRAF KAT TELUK CEMPEDAK KUANTAN PAHANG

Assalammualaikum...

Hari sabtu baru-baru ni Ida ada ke Kuantan untuk menghadiri kelas Shaklee. Untuk tambah ilmu pengetahuan dalam bisnes ni. Alhamdullillah bertolak seawal 7 pagi sampai sana sejam awal. Lepak-lepak kejap dah masuk kelas. Habis dalam pukul 1.30petang. Nasib la boleh bawa masuk anak-anak. Si Asyraf ikut daddy Aqil ikut mummy.



Selepas habis kelas. Kami ke Mydin beli barang skit. Actually nak beli susu Asyraf tapi dah shopping benda lain. Banyak juga barangnye tapi tengo bil bawah RM150 termasuk GST. Kalau beli barang-barang ni dekat Kemaman, Ida rasa lebih dari RM150 ni.

Selepas ke Mydin asalnya nak ke ECM (East Cost Mall) tapi tengok banyakknya kereta sampai letak signboard parking full tak jadi la nak g. Kami ke Teluk Cempedak.


sumber:Google

Kat sana Ida dan suami makan mee goreng basah dengan jus oren. Peniaga la betul-betul amik kesempatan. Harga 2 pinggang mee goreng basah dan 2 air jus kordial plak tu bukan jus asli. RM21!!Terkejut en suami. Dah la tak sedap. Air kordial,suami mintak air jus epal. Patutla tengok lain je warna die. Moga berkat la rezeki yang die dapat tu.

Pastu bawa anak main di kart motor dan kereta. Sekali bawa selama 10minit untuk motor RM6 kalau nak pakai remote RM7. Ok la kan. Asyraf bawa yang takde remote control. Mula-mula tak pandai juga siap berlanggar habis kereta lain. Lama-lama dah ok..kemain lagi die suka sampaikan nak main lagi. Takpe lain kali kita main lagi k..



Si kecik Aqil ni gaya je lebih.heheheh. Nak bagi naik kereta dengan Asyraf tapi disebabkan Asyraf lum ada lesen. Awal-awal tadi pun dah jadi pemandu mabuk.hehehhehe.

Balik dari tu kami singgah makan ikan bakar kat Cherating. Balik rumah je anak-anak dah kepenatan sangat-sangat tambah si Asyraf. Main je arini. Malam tu sampai mengigau. Esoknya tanya mummy bila nak naik moto.huhuhu...

Alhamdullillah suka tengok muka anak-anak happy...

Post a Comment

1 Comments

  1. Macam best je anak maij tu..hehhee.. teringin lak nak naik..

    ReplyDelete