TAK SIHAT

Assalammualaikum...

Semalam seharian tak dapat nak buka blog atau apa2 pun...bangun pagi semalam rasa tak sedap perut,kepala jadi berat semacam. Lepas mandikan anak semua..nak masak tengahari tapi separuh jalan je rasa pening nak pitam.


Nasib baik semalam en hubby cuti. So dialah masak semua. Ida tidur kejap dalam bilik. Bangun tu pun pening2 lagi. Gagahkan diri jugalah suap anak-anak makan.

Petang tu plak g rumah mak mertua. Masa tu badan dah ok skit tapi bila lama-lama. Mula rasa tak sedap badan balik. Rasa sakit kepala. Balik rumah je magrib tu sakit kepala teramat sangat,badan panas terus demam. Awal juga la semalam Ida tidur sebab tak larat sangat. Si Asyraf pun demam,kejap panas kejap ok badan die. Si Aqil plak cirit-birit..

Arini pun masih pening-pening lagi tapi gagahkan diri juga sebab malam nanti en hubby kena naik offshore. Apa2 pun badan ni kena kuat untuk anak-anak.

1 comment:

Followers

social network

APDM SAPS