RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE YANG MUDAH

1:15:00 PM

Assalammualaikum...

Harini Ida nak komgsikan resepi bihun goreng singapore yang mudah...



Bahan-bahan
  • bawang putih
  • bihun yang telah lembut
  • ayam dipotong dadu
  • sos tiram
  • kiub ayam
  • sayur sawi
  • lobak merah yang dipotong nipis dan panjang
  • lada sulah
  • black pepper
  • telur cincang yang telah digoreng
Cara-caranya:

1. Tumis bawang putih yang dipotong tadi sehingga naik bau. Masukkan kiub ayam dan sedikit air.

2. Masukkan ayam dan sos tiram. Letakkan sedikit lada sulah dan black pepper. Letak air sedikit jangan terlalu kering.

3. Masukkan sayur sawi dan lobak merah bagi lembut seketika.

4. Masukkan bihun dan telur cincang. Ida suka goreng dulu telur sebab taknak nanti bihun melekat atau terlalu basah.

5. Rasa jika tawar letak sedikit garam/secubit sahaja.

6. Siap dihidang.


SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

12 penggomen