FAMILY DAY HHA ASSOCIATES DI GAMBANG WATERPARK RESORT- PART 1

Assalammualaikum...

Hari Sabtu lepas company en suami adakan Family Day di Gambang Watepark Resort. Alhamdullilah tahun ni kami semua dapat kumpul ramai-ramai untuk eratkan lagi silaturrahim. So 2 hari juga la kan..so Ida akan cerita part by part sebab ada banyak gambar nak kongsikan..hehehhe.




Hari Sabtu kami berkumpul dalam pukul9 pagi tapi gerak dalam pukul10 la. Konvoi ramai-ramai dari Chendor ke Gambang. Tak kira berapa banyak kereta tapi rasanya lebih dari 10buah kereta jugala. Sampai sana dalam kul11 lebih.Alhamdullilah selamat semuanya.



First aktiviti kami bila sampai sana. Mandi dulu la..heheh.Anak-anak dan bapa la yang excited.Kami-kami ni kaum ibu dan perempuan tak mandi juga.huhu. So bagi anak-anak mandi siap makan tenghari sekali kat situ,dalam kul1 tu dah boleh check in so Ida bawa anak-anak naik hotel dulu dengan adik ipar. Si bapa-bapa main air...hmmmm.




Carribean Suites

Pas solat zohor dah bagi anak-anak rehat sekejap kitorang turun masuk balik kat waterpark untuk aktiviti sukan air. Time ni kaum ibu-ibu dan perempuan dah tukar baju pakai seluar traksuit. Kot-kot la nak mandi kan.hehehehe.

Kami buat sukan air ni dekat pool kalau dekat tempat mandi awam tu bersesak ngan orang lain plak..eheheh. So ada la beberapa aktiviti sukan diorang buat yang pasti semua kena berendam dalam air. Just beberapa orang yang ada anak kecik je tak masuk. Ida pun kena masuk juga walaupun Aqil menangis sebab taknak kat orang lain selain mummy die. Bawa la juga msuk sekali sekejap sementara game nak start.

Sukan air ni habis dalam kul6 camtu la. So kami semua siap-siap nak ke atas untuk annual dinner malam nanti kat hall. Tema kami merah hitam. So memang takde warna lain la kan tapi ada juga la bercampur skit warna putih,pink skit..hehehe.








Dalam kul8 camtu la kami dah masuk dewan makan. Alhamdullilah semuanya cantik,cute dan handsome semuanya. Sebelum masuk kami diberikan beg yang ada nombor untuk cabutan bertuah. En suami amik no 36 dan kami diberikan sedikit cenderamata dari company. Wah powerbank tu..



Bila dah start berucap skit dan bacaan doa. Kami start makan. Banyak makanan disediakan. Semua sedap tapi tak sempat nak snap gambar sebab kelam kabut dengan Aqil.huhu. Dalam masa yang sama. Sedikit game dan cabutan bertuah pun dilangsungkan sekali. Alhamdullilah nombor kami kena cabut dapatkan handhold vacumm..dah start gune pun arini.hahahaha



Last sekali semua pekerja HHA Associates tangkap gambar beramai-ramai. Hampir kul11 camtu la habis majlis annual dinner kami. Yang kaum-kaum lelaki termasuk bos-bos sekali pakat stay nak karaoke. Kaum ibu-ibu la yang masuk bilik hotel tidokan anak-anak.huhuh.


mummy ngan Aqil je dok selfie 2 orang. Daddy dengan Asyraf masing-masing wat hal sendiri



Aktiviti esoknya...stay tuned untuk part 2..

3 comments:

  1. kebetulan masa aida berfamily day opis asben last time, tema dinner kami hitam merah putih :)
    lebih kurang sama la plak hi hi hi...
    waterpark gambang terbaik di m'sia bagi aida !!!

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS