PETUA MENERAN MELAHIRKAN ANAK

12:37:00 AM

Assalammualaikum..


Memansangkan ramai kawan-kawan Ida yang akan bersalin tak lama lagi. Di sini Ida nak kongsikan petua meneran melahirkan anak. Hope dapat membantu.

PETUA MENERAN MELAHIRKAN ANAK

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3. Posisi semasa nk melahirkan..Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)


5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing) Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.


Secara ringkasnya Ida nak kongsikan. Kena bila dalam situasi sakit nak bersalin memang takkan ingat apa-apa. Tapi dari pengalaman Ida,masa sakit nak meneran tu Ida akan sentiasa ingat Allah S.W.T. Mulut ni tak lekang asyik menyebut "Allahauakhbar". Dalam otak ni hanya fikir nak bagi anak keluar dan mata Ida akan tengok pada jam di dinding hospital.hehheh..

Alhamdullilah urusana Ida nak melahirkan anak tak lama pun bila dah masuk dalam labour room tu. So bagi ibu-ibu yang akan bersalin tak lama lagi. Good Luck!!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)