LUANGKAN MASA ANDA DENGAN ANAK-ANAK WALAUPUN SEKEJAP!

Assalammualaikum...

Zaman sekarang kalau seorang suami sahaja yang berkerja memang tak cukup belanja setiap bulan. Mana dengan harga barang runcit semakin mahal...minyak naik harga..



Tapi ingat dengan kesibukan kita mencari rezeki di luar jangan lupa rezeki kita di dalam rumah iaitu anak-anak. 

Ye memang dengan kesibukan kita selama 8 jam di tempat kerja,kepenatan balik rumah makan.mandi terus tidur. Ingatla pada anak-anak yang tak dapat menatap wajah anda selama 8 jam tu dan bila berada di rumah. Diorang tak sempat nak berguran senda dengan anak.

Ida walaupun sebagai surirumah sepenuh masa,pengedar shaklee secara online kadang-kadang pun tak sempat. Mana lagi nak uruskan rumah,masak,basuh baju,mandikan anak-anak. Tapi untuk pastikan Ida sentiasa ada masa bersama anak-anak. Ida akan sediakan jadual.

adakah saya super mom?hehehe...ada kelas online shaklee,layan anak-anak,kat dapur tengah masak sup

Bagi ibu-ibu bekerjaya sebenarnya jadual harian kita amatlah penting. Aturkan masa anda lebih-lebih lagi masa cuti.

Ida ada tengok cara artis luar negara luangkan masa dengan anak-anak. Mereka akan pastikan anak-anak akan menatap wajah mereka semasa bangun pagi dan sebelum tidur. Malah dengan kesibukan kerjanya sanggup ulang alik untuk pastikan sempat luangkan masa bersama anak-anak.


So bagi pendapat Ida kepada ibu-ibu yang bekerja mahupun bapa. Luangkan masa korang pada waktu malam sebaik-baiknya dengan anak-anak. Tak lama pun takpe hanya 10-15 minit sehari selepas seharian mereka berada di tempat asuhan atau taska.

Gunakan masa cuti anda sebagai pengganti masa-masa yang tak dapat luangkan masa dengan anak-anak. Cukup-cukupla pergi melepak dengan kawan-kawan. Kat tempat kerja dah jumpe masa cuti pun takkan la nak lepak lagi melainkan ada urusan penting.

Lagi 1 Ida suka kongsikan ucapkan la korang sayang kat anak-anak. Maaf dengan kesibukan korang. Pelukla mereka. Berikan ciuman setiap hari setiap kali anda bersama mereka. Lebih-lebih lagi waktu malam nak tidurkan diorang.


Okeh yang itu sahaja Ida nak kongsikan kali ini. Hope ibu bapa di luar sana akan lebih banyak luangkan masa dengan anak-anak walaupun sekejap..

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS