JADILAH CERMIN TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Kita sebagai ibu bapa mesti nak anak kita mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik. Dari mana datang acuhannya kalau bukan dari kita sendiri. Kita sebagai ibu bapa mestilah menjadi cermin terbaik kepada anak-anak.


Apa yang kita lakukan akan diperhatikan oleh anak-anak. Lebih-lebih anak yang berumur 2 tahun ke atas. Masa ni otak die akan menerima segala apa yang kita lakukan. Pemerhatian ni Ida tengok pada Asyraf sendiri.

Bila umur die nak masuk 3tahun memang kebanyakkan apa yang dilakukan atau dicakapkan oleh daddy die mesti die akan ikut. Daddy die ambil bola baling kat dinding die pun akan ikut. Tambah sekarang ni umur die dah 4tahun cakap pun dah petah.


Tak boleh tahan bila ie tiru percakapan Ida dalam telefon. Nak gelak pun ada. Kata-kata yang tak baik memang Ida dah lama elakkan cakap selepas ada anak ni. Mungkin juga sebab Ida hanya dok rumah, takd kawan-kawan kat sini. So pergaulan percakapan Ida pun dah kurang. Just suami jelah kadang-kadang terlepas. Ada juga la Ida marah en hubbby.


Lelaki biasala kadang datang panas baran die. Selalu Ida ingatkan jangan cakap benda tak baik depan anak. Anak akan ikut. 

Nasihat Ida pada ibu bapa jangan la adab dan percakapan anda. Walaupun antara suami isteri. Elakkan bergaduh depan anak-anak. Jadilah cermin yang terbaik untuk anak-anak.

YOU ARE THE GOOD PARENTS!!

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS