13 TIPS MENYUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN,RAHSIA PENGALAMAN SENDIRI

12:25:00 AM

Assalammualaikum...

Sebelum ni Ida pernah ceritakan pengalaman Ida menyusukan anak semasa hamil. Sila klik di sini. Malah Ida juga pernah ceritakan tentang nursing strike klik sini


asyraf dan aqil masa kecik. Sama kan?Just aqil cerah skit dari abangnye.

Kali ini Ida nak bagi tips menyusukan anak sehingga 2 tahun senang skit korang nak faham kan...

13 TIPS MENYUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN


1. Tetapkan matlamat dan mindset

" AKU NAK SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN". Bila kita dah mindset perkataan ni setiap hari, insyaallah kita akan berjaya susukan anak sehingga 2 tahun.

2. Makan makanan seimbang

Pastikan apa yang kita makan cukup zat mineral,vitamin,karbohidrat,kalsium dan lain-lain. Sebabnya apa yang kita makan itu la yang anak akan makan. Jangan asyik nak makan kat kedai je.masak sendiri kan lagi bagus.hehehheh

3. Banyakkan minum air

Sekurang-kurangnya 3-4liter sehari. Seeloknya 1 gelas sebelum dan selepas menyusu. Ia membantu pengaliran darah lebih lancar.

4. Percaya dan yakin pada Allah S.W.T

Percaya dan yakin bahawa Allah S.W.T sentiasa berikan rezeki untuk anak kita. Bila kita ada keyakinan yang penuh pada-Nya, insyaallah segalanya menjadi mudah.

5. Kerapkan makan.

Jangan biarkan perut lapar/kosong. Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. Jangan risau psal berat badan,menyusu badan ni membantu membakar lemak-lemak. Thatway bila ibu berpantang yang menyusukan anak badan cepat slim balik.

6. Jangan stress

Bila kita menyusukan anak jangan stress atau bersedih. Apa yang kita fikirkan dan rasa akan menganggu pengeluaran susu. Fikirkan benda yang membuatkan kita happy dan think postive.

7. Banyakkan membaca

Rajin-rajinkan lah diri itu research atau baca tentang penyusuan. Ini dapat membantu menjayakan lagi penyusuan sehingga 2 tahun.

8. Baca pengalaman ibu-ibu menyusu

Baca pengalaman ibu-ibu menyusu yang berjaya. Jadikan sebagai semangat dan perangsang. Tengok gambar2 ibu-ibu yang berjaya menyimpan stok susu yang banyak utk anak.

9. Rehat secukupnya.

Jika badan terlalu letih rehat la secukupnya. Bila badan terlalu letih, ia akan mengganngu pengeluaran susu.

10. Pengambilan supplement

Ini bagi ibu-ibu bekerjaya yang badan selalu letih dan memerlukan tenaga yang maksimum. Tapi tak salah bagi surirumah nak ambil juga sebab bagus untuk kesihatan juga sebab Ida juga surirumah sepenuh masa. 

11. Jaga solat

Jangan abaikan solat anda. Sebabnya solat la yang mendekatkan diri kita dengan-Nya. Malah ia menandakan kita bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan untuk menyusukan anak kita.

12. Kerapkan menyusu.

Lagi kerap kita menyusukan anak lagi banyak pengeluaran susu kita. Bagi ibu yang berkerja, kerapkan mengepam 2-3 jam sekali. Jangan biarkan payudara penuh.

13. Tiada istilah "susu tak cukup"

Ida suka tekankan bab ni sebab apa takde bukti yang menunjukkan susu tak cukup, susu takde sebabnya susu keluar dari darah kita sendiri. Semuanya dari mindset.

So ini antara rahsia tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dari pengalaman Ida sendiri. Malah hasil penyusuan susu ibu kepada Asyraf nampak banyak perbezaan lebih-lebih lagi dari faktor kesihatan dan perkembangan otaknya. Alhamdullilah.

Dan sekarang giliran Aqil pula dan alhamdullillah sekarang dah genap menyusukan Aqil selama 1 tahun.

Bagi ibu-ibu yang kata-kata semangat atau ada masalah penyusuan boleh tanya Ida sendiri, insyaallah Ida boleh tolong mana yang mampu.

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)