TIPS HIAS BILIK BAYI

12:38:00 AM

Assalammualaikum..


Menyambut kelahiran bayi memang satu perkara yang mengujakan. Mesti dalam fikiran macam-macam barang dan hiasan bilik nak buat untuk anak. Ini ada sedikit tips hias blik bayi.


TIPS HIAS BILIK BAYI

1. Katil

Kelengkapan utama yang diperlukan untuk bilik si manja ialah katil dan meja bayi. Hari ini terdapat pelbagai rekaan model perabot bayi di pasaran tempatan dan antarabangsa. Jadi anda perlu bijak memilih dengan memastikan ia boleh digunakan untuk satu jangka masa yang lama.


2. Meja Bayi

Manakala meja bayi diperlukan sebagai tempat untuk membersihkan si manja, mengganti pakaian dan tempat untuk meletak peralatan mandiannya. Bahagian bawah meja ini biasanya berupa laci atau almari untuk menyimpan pakaian bayi. Meja bayi ini memang praktikal untuk anda menguruskan si manja tanpa perlu terbongkok-bongkok.

3. Tilam

Anda boleh memilih tilam yang diperbuat daripada kekabu atau ‘foam’ untuk katil dan meja bayi tersebut. Cuma, sewaktu cuaca panas tilam yang diperbuat daripada kekabu lebih selesa kerana ia lebih sejuk berbanding ‘foam’. Kelebihan ‘foam’ ialah, ia mengikut bentuk tubuh si bayi dan sangat baik untuk pertumbuhan badannya.


4. Kerusi

Selain katil dan meja bayi, sebaiknya anda sediakan sebuah kerusi untuk anda duduk santai sewaktu menyusukan si manja.

5. Warna



Untuk perabot, anda boleh memilih warna putih, krim dan coklat. Sementara kelengkapan lain pula seperti alas tempat tidur, langsir dan permaidani boleh menggunakan warna-warna terang yang lain.

Warna-warna yang cerah sangat sesuai buat bayi. Contohnya, biru, kuning dan merah muda. Pastikan tema bilik mestilah ceria dan lembut dipandang.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)