PANDUAN KESELAMATAN ANAK DI TASKA

6:22:00 PM

Assalammualaikum...


Ramai ibu-ibu yang bekerja hantar anak-anak ke taska atau pusat penjagaan kanak-kanak kan? Di sini Ida kongsikan panduan keselamatan anak di taska.



Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak

> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.

> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.

> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.

> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.

> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.

> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.




> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.

> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.

> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.




> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.

> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)