DOAKAN KESIHATAN ADIK IZZSYRAQ AZRAQ

1:18:00 AM

Assalammualaikum...

Sebenarnya dah lama Ida ikuti kisah adik Izz ni. Tapi Ida belum kesempatan nak menaip. Setiap kali baca kisah adik Izz menitik air mata ni. Bagaimana seksanya seorang bayi berumur 20 bulan yang menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (usus pendek).



Rasa sedih teramat. Bayangkan adik Izz tak boleh nak makan berlebihan kerana ususnya tak dapat nak menyerap dengan baik terutamanya makanan yang mengandungi nutrisi yang sememangnya diperlukan oleh seorang bayi untuk membesar. Tapi sayangnya bila makanan yang berlebihan untuk akan keluar melalui muntah dan cirit-birit.

Paling menyedihkan adik Izz terpaksa mengharungi derita ni sepanjang hayatnya. Ya Allah, rasa sedih. Bagaimana tabahnya seorang ibu yang telah melahirkannya terpaksa berulang-alik ke hospital setiap hari yang telah menghuni di Hospital Kuala Lumpur sudah hampir 1 tahun.


Si ibu yang memandikan,pakaikan baju dan memeluk seeratnya sebelum pergi kerja pada setiap pagi. Walaupun adik Izz boleh melakukan pembedahan sudah semestinya semua pembedahan ada risikonya.

Sekiranya ada pihak yang ingin menyalurkan bantuan/ sumbangan/ sedekah/ info serta pertanyaan-pertanyaan lain. Untuk lebih lanjut, boleh berhubung dengan mama Izz (012 391 9483) dan papa Izz (017 244 2899).


Boleh jenguk page Pray for Izzsyraq Azraq untuk mengetahui perkembangan adik Izz atau pergi ke blog peribadi http://ekjozbuluh.blogspot.com/

Ida doakan adik Izz akan semakin sembuh dan membesar dengan sihat,Amin

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)