PUNCA KEDUDUKAN ANAK SONGSANG

Assalammualaikum..

Maaf kalau entry ni sensitif skit bagi ibu-ibu mengandung. Kebetukan salah seorang staff tempat kerja suami akan bersalin tak lama lagi tapi kedudukan anak songsang. Jadi Ida pun saja search untuk dikongsikan bersama. Jom kita lihat punca kedudukan anak songsang.


PUNCA KEDUDUKAN ANAK SONGSANG

1. Anak kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.

2. Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.

3. Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.

4. Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.

5. Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti sindrom Down, anencephaly, atau hydrocephalus.

CARA UBAH KEDUDUKAN ANAK SONGSANG


Banyak petua orang-orang lama untuk ubah kedudukan anak songsang ni. Salah satu yang Ida amalkan masa mengandung ialah masa sujud terakhir tu, sujud lama sedikit. Alhamdullilah anak-anak Ida semuanya dalam kedudukan normal tapi tak salah rasanya ibu-ibu mengandung nak amalkan, memudahlan bersalin kan.

1. Merangkak
Luangkan lebih banyak masa untuk berada di dalam keadaan seperti merangkak. Dengan melakukan posisi sebegini, graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Anda disarankan untuk berada dalam posisi merangkak setiap hari sambil membaca majalah, buku atau surat khabar.



2. Kaedah panas - sejuk
Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah rahim pula, letakkan bekas yg berisi air suam. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.


3. Pek ais
Letakkan pek ais di atas perut. Namun anda dinasihatkan untuk melapik perut dengan kain terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini ialah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi. Oleh yang demikian, diharap dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

4. Berendam di kolam renang
Amalan ini sama konsepnya seperti penggunaan pek ais yg diletakkan di atas perut. Tujuannya bagi menggalakkan bayi unttk memusingkan kepalanya ke bawah.


5. Menyanyi dan bercakap
Rakamkan suara anda menyanyi ataupun bercakap kepada bayi. Mainkan rakaman berkenaan berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

*ini sangat-sangat digalakkan dari awal kehamilan atau lebih baik dengan pembacaan surah-surah Al-Quran.

6.Senaman tilt position
Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud ketika bersolat. Oleh sebab itu, ketika melakukan sujud, anda sangat digalakkan untuk melakukannya lebih lama daripada biasa. Pada masa yang sama, anda boleh memohon doa agar bayi berkeadaan normal terutamanya pada sujud terakhir.
Menurut pendapat pakar anda boleh melakukannya dalam jumlah masa 20 minit sehari. Kelebihan di sebalik senaman ini ialah kepala bayi akan turun ke bahagian yg sepatutnya.

7. Lampu suluh
Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuan ia dilakukan ialah utk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

8. Pujukan
Anda dinasihatkan supaya kerap berbual bual dengan bayi sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.


9. Doa
Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi berkedudukan normal bagi membolehkan anda melahirkannya tanpa melalui komplikasi kelahiran yang lainnya.



Ini sedikit perkongsian punca kedudukan anak songsang tapi Ida doakan semua ibu-ibu mengandung agar kandungannya sihat, selamat dan dilahirkan normal. Mudah-mudahan anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin.

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS